Telah berakhirlah Ramadhan tahun ini, kini Syawal yang mulia telah tiba. Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita ini sudah tentunya memberikan pengertian yang sempurna bagi umat Islam agar kita terus beribadah kepada Tuhan Maha Pencipta. Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat meraikan kemenangan ini.
Kali ni solat sunat Hari Raya dimulakan dalam pukul 9 pagi. Macam biasa, sempatlah berposing dengan Blueniey yang terhebat ni. Huu
Lepas sembahyang Raya, sesi mengambil gambar bermula. Kena buat awal, takut nanti orang datang beraya. Diorang kat sini bukan kisah pun. Asalkan dapat makan. Pfft.
Tahun ni pagi raya kami disertai empat family - family Mak, Acu Nani, Acu Keon dan juga Acik Joe. Cuma time bergambar ni family Acik Joe belum sampai lagi dari Changkat Lada, tapi diorang ada lah. Huu
As usual, family Acu Nani bergambar di pangkin kayu. Serba hijau tahun ni. Huu
Share gambar ni dalam group bujang Quatriz. Macam hero Melayu terakhir katanya. Tak kurang jugak yang cakap macam Nordin Ahmad. Huu
Family Along beraya kat Perak tahun ni. First time Syazwan pulang beraya di our kampung and of course, it's first Raya untuk Mikail jugak..:-)
Mak ayah tercinta pun nak bergambar berdua jugak. Kasi chance sikit.
Tahun ni kami pakai biru PKR. Her. Sebenarnya ni baju raya tahun 2014. Time Along kahwin dulu kami recycle jugak, laa ni aku nak kahwin pun pusing balik.
Ni gambar wajib dekat tangga merah. Mana boleh dilupakan. Tapi Along tak join, sebab Mikail meragam. Haha. Kesian.
Melayan perasaan. Apa khabar lah tunang tersayang kat sana? Huu
Habis je sesi photoshoot, terus melayan lemang jagung tradisi Opah. Memang sedap sebab tahun ni aku yang membakar. Hii
Sesi yang dinanti-nantikan oleh budak-budak. Pembukaan kaunter duit raya..:-p
Lepas solat Jumaat, tetamu start memenuhi perkarangan rumah Opah. Yang datang ni mostly family yang terdekat, serta jiran tetangga.
Menu utama tahun ni Lontong, berserta lemang, ketupat dan pelbagai aneka kuih Raya..:-)
Petang pulak macam biasa, ada dua lagi family yang balik - Acik Fendi dan Acik Man. That's make it 6 out of 7 anak-anak yang pulang beraya tahun ni menemani Opah. Sorang je tak balik. Entahlah, tak tak tahu nak cakap apa. Memang setiap tahun macam tu pun..:-)
Panas raya tahun ni. Sampai kena pakai spek hitam. Haha.
Tetamu terakhir meninggalkan rumah kami sekitar jam 6.30 petang.
Malam tak buat apa pun. Cuma sorting gambar kat laptop. Pukul 10 tu aku dengan adik keluar sekejap makan KFC kat Seri Iskandar. Sian kat Opah dah penat, takkan nak suruh dia masak lagi.
That's the wrap untuk cerita hari pertama Syawal aku untuk tahun 2018 ni. Sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. In Sha Allah ada satu lagi entri. Nak tau? Kena lah tunggu..:-)
No comments:
Post a Comment