Monday, June 18, 2018

Kisah AKU n Die Mannschaft 2018

Assalamualaikum,

Apa benda title entry kau ni bro? Die? Siapa mati? Mannschaft? Drive shaft kereta ke? Haha. Takdelah, semua salah. Die Mannschaft ni merupakan translation untuk team bola sepak kebangsaan Federal Republic of Germany. Seperti yang korang tahu, sekarang ni kan musim FIFA World Cup. Aku seperti lelaki normal lain pun minat jugak tengok dan bermain bola. Bukan sahaja selalu main petang-petang dengan kawan dulu, tapi pernah mewakili sekolah jugak untuk sukan ni.
Untuk sesiapa yang mengenali En. McBride ni, memang tahu sangat aku minat dengan Team Germany. Boleh rujuk entri ini untuk penjelasan yang lebih mantap. Haha. Team yang mendapat perhatian aku sejak FIFA World Cup 2002 ni, terus menjadi favourite setiap kali musim Piala Dunia. Lagi manis, untuk edisi kali ni - Die Mannschaft berjuang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi empat tahun yang lepas. 
Tahun ni hero kegemaran aku, Miroslav Klose dah tak main atas faktor umur. Begitu juga dengan our beloved Captain Philip Lahm, Bastian Schweinsteiger dan juga Lukas Podolski. Antara skuad sekarang yang pernah bermain untuk edisi lepas - Manuel Neuer, Thomas Muller, Matt Hummels, Mesut Ozil, Julian Draxler, dan Toni Kroos pastinya dapat menggunakan pengalaman mereka untuk mengimbangi player muda seperti Marco Reus, Joshua Kimmich, Timo Werner yang berkaliber bagi menguatkan serangan Blitzkrieg kami ni..:-)
Semalam game pertama menentang Mexico, kalah 1-0 untuk opening game but don't worry. We will bounce back. Hopefully. Huu
Apa-apapun, selamat berjuang kepada Die Mannschaft. Harapnya dapatlah kita mempertahankan kejuaraan ni sekaligus menyamai rekod Brazil dengan 5 World Cup title. Deutschland Uber Alles!

P/S: Cik tunang minat Portugal. Tahu sangat dah, mesti sebab ada CR7. Huu

Disclaimer - All picture credit to Google. With exception gambar aku tu..:-)

No comments:

Post a Comment