Sunday, June 10, 2018

Kisah AKU n Wasted Ramadhan?

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak meluahkan perasaan sikit. Orang kata bulan Ramadhan ni lah time kita nak pulun kejar pahala beribadat. Buat pulak ada Terawih malam-malam, bulan lain mana ada kan. I guess I'm not lucky enough untuk Ramadhan 2018 ni. Kebetulan bulan ni jugak ada dua tender submission, satu tender clarification. Tak cukup dengan tu, ada Group Internal Audit pulak. Pendek kata memang tak cukup tangan aku nak juggle semua ni. Lagi-lagi di bulan Ramadhan yang sememangnya berharga untuk kita mencari keredhaanNya.
Minggu lepas aku dah start berkampung dekat TPM sejak hari Rabu sampailah semalam. Due date submission yang sangat rapat - 8 dan 11 June respectively membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat nak Terawih penuh tahun ni. Bukan setakat Terawih, tidur pun tak cukup beb!
Buka puasa dengan air kosong menjadi rutin. Kebiasannya aku keluar berbuka properly after Maghrib
Rabu - Berbuka puasa ditemani tunang tersayang di Azee Cafe, Puncak Jalil. 
Khamis dan Jumaat pulak dengan Arep dan Shah. Nasib baiklah diorang ada, kalau tak lonely je aku sorang-sorang..:-)
Kebetulan si Zaaba ni jugak bekerja shift malam minggu ni, adalah jugak orang teman aku bersahur. Time ni makan kat Pelita Nasi Kandar, Puchong.
11.40am, 8 Jun - Berjaya menghantar tender pertama ditemani our intern, Reza. Nasib baiklah dia ada. Sebab aku memang dah mengantuk gila Jumaat tu. Mana taknya, aku bangun pukul 5 pagi hari Khamis. Pukul 1 petang hari Jumaat baru aku dapat melelapkan mata nak menyiapkan tender ni. 36 hours of sleepless night! Cukup terkilan lah bila ada sorang bos tu dia boleh blame aku pagi tu sebab lambat, sedangkan aku memang dah buat sedaya mungkin. Bayangkanlah time aku nak menulis price list tu, tangan menggigil sebab otak cakap STOP!
Memang aku mengaku skip solat Jumaat hari tu sebab memang exhausted to the max. Dapatlah tidur tiga jam dalam stor before menyambung lagi kerja untuk submission tender kedua. Yang ni kerja tak banyak dah sebab personally aku fokus buat yang ni. Cuma tinggal nak finalize pricing je then all settle, tapi tu lah. Selagi bos tak decide, aku tak boleh proceed. Buat pulak petang Jumaat tu dia takde, maknanya kena jugak stay satu hari lagi since diorang janji will come seawal jam 8.

Sambungannya ada di next entry. Sebab bersambung dengan satu lagi cerita. Nak tahu? Keep reading ya!

No comments:

Post a Comment