Assalamualaikum,
Lambat update. Biasanya malam raya dah keluar entri ni dah. Tak tahu lah sebab apa, tahun ni line Maxis kat kampung quite slow. Aku nak access web Blogger malam semalam pun cam haram. Ni pun update pakai Blogger Mobile je. Baiklah, meneruskan tradisi tahun-tahun sebelumnya. Aku akan menyediakan tiga entri wajib sempena Raya Aidilfitri yang happening right now. Entri pertama ni basically cerita pasal aktiviti kami sekeluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2018 ni.
Aku dan adik bergerak dari rumah untuk pulang ke kampung sekitar jam 10.30 pagi. While ahli keluarga lain telah pun selamat tiba pada jam 7.30 pagi hari yang sama. Saja gerak lambat, mengantuk sebab main Rome malam tu. Huu
Trafik lancar dari Sungai Buaya sampailah ke Slim River. Drive pun layan je.
Trafik lancar dari Sungai Buaya sampailah ke Slim River. Drive pun layan je.
VMS yang ada sepanjang jalan informed us yang trafik mula perlahan dari Slim River nak ke Utara.
Tepat sejam perjalanan, kami exit dari highway PLUS di Slim River Interchange. Dari situ, kami memilih untuk lalu jalan lama.
Jalan Persekutuan KL - Ipoh or known as jalan lama. Budak-budak muda mana tau sangat lalu jalan dalam ni. Nasib baiklah ayah ajar dulu, kalau tak aku pun sama sangkut kat highway jugak.
Surprisingly, brader ni kekal terjaga sampai Tapah. Elok lah ada improvement, tahun lepas elok je Tanjung Malim dah membuta. Haha
Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami berdua tiba dikampung sekitar jam 2.30 petang.
Ingatkan diorang dah bakar lemang, rupa-rupanya belum. Huh, ada chance lah aku nak membakar tahun ni. Meh sikit tengok cara orang pro jaga api. Huu. Dalam pukul 5.30, aku biarkan bara je yang terus memanaskan lemang. After berpuas hati, aku melelapkan mata dibawah pangkin kayu bawah rumah..:-)
Banyak kereta tahun ni. Ada family kami, Acu Nani, Acik Joe dan Acu Keon. Utuk menambah, family Along pun beraya disini jugak cuma diorang bermalam di Seri Iskandar.
Jam 7.30 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Perak Tengah sekaligus menamatkan Ramadhan bagi tahun 2018 ini.
Baiklah, mengulungi entri pagi ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2018 ini. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
In Sha Allah seperti yang dijanjikan, keep stay tune untuk dua lagi entri wajib Diari Syawal 2018 ni.
No comments:
Post a Comment