Sunday, June 24, 2018

Kisah AKU n Back To Work

Assalamualaikum,

Quick entry malam ni before aku nak menyambung main my current favourite game ni.
Minggu ni masuk office untuk bertugas semula hari Rabu. Walaupun ada satu on-going tender tapi boleh katakan aktiviti di office quite leisure. Masih dalam mood Raya barangkali. Huu
Dia punya free sampai boleh lah merangka strategi baru untuk game Total War - Rome II ni. Print campaign map and pin point next target. Ada masa nanti aku review game ni okay..:-)
Jumaat lepas merupakan last day untuk our intern, Reza. Selamat menyambung degree bro. Tenkiyu jugak tolong drive submit tender EKVE hari tu. Nanti claim masuk aku reimburse orait?
Hujung minggu ni lagi lah tak produktif. Kawan ofis semua pergi open house bos dekat Kajang. Aku pulak boleh duduk rumah. Jauh lah nak kesana. Diorang pulak mostly memang menetap kat area situ-situ jugak.
Apa je yang aku buat dua hari ni? Huu. Tengok Star Wars - The Clone Wars sampai habis semua enam season..:-p
Dah habis, kita sambung Star Wars - Rebels pulak. Yang ni pun boleh tahan interesting jugak. Basically, ni sambungan untuk The Clone Wars. Cerita lepas Galactic Republic jatuh and the rise of Galactic Empire. Sedih pulak tengok gambar ni. Dalam The Clone Wars, Ahsoka dengan Anakin ni Master & Padawan, dalam Rebels diorang ni enemy lepas Anakin fallen to the Dark Side and ultimately reborn as Darth Vader.
Hampir terlupa Germany ada game semalam lawan Sweden. Itupun terbangun jam 3 pagi. Sempat tengok separuh masa kedua je. Memang habis debar game semalam beb! Nasib baik menang..:-)

Quick entry kan? Ni sebenarnya entri tangkap muat je sebab takde cerita menarik pun. Haha. In Sha Allah next week ada some Raya entry - expected to attend open house dekat SIRIM (Jumaat) dan juga MTD Group (Sabtu).

P/S: 2 Julai ni ada business trip ke Penang. Hopefully naik kereta compaany, malas lah nak drive..:-p

No comments:

Post a Comment