Saturday, July 7, 2018

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri Quatriz 2018

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya! Masih lagi didalam bulan Syawal nampaknya kita semua. Mesti jadual pun padat dengan rumah terbuka kan? Unlike tahun lepas, tahun ni aku kurang sikit melawat open house yang dianjurkan clientele atas time constraint. So far, termasuk petang tadi. Baru tiga je yang sempat aku join. Kalau tahun lepas rasanya nak dekat 7 majlis jugak aku join. Okaylah, tak nak membuang masa. Malam ni aku nak story sikit kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Quatriz System. Seperti tahun-tahun sebelumnya, rumah terbuka ni sebenarnya untuk staf-staf je. Haha
Tapi jom lah start dulu dengan review minggu ni. Rabu dapat MC sebab demam. Bukan setakat demam, doktor kata aku ni Hypotension, iaitu low blood pressure (nak amik darah pun sampai 2-3 kali cucuk). Antara penyebabnya ialah extreme exhaustion yang membawa kepada simptom seperti blurred vision, dizziness dan juga rapid heartbeat. If badly treated, boleh membawa kepada minor-stroke! Dah teman kabor kat deme dulu, idoknyer nak caye pun. Teman ni bukannye mesin. Mesin pun kene rehat jugak, nanti overload. Huhu
Khamis sambung bertugas balik walaupun still belum fully recover. Ada urgent meeting di TPM with vendor. Lepas tu terus shoot ke Setapak, ada mini-reunion sikit with my ex-bos, Abg Lan dan juga ex-colleague, Danial. Both kenal di Trueventus. Nak dekat setahun jugak tak jumpa diorang ni atas kekangan masa. Laa ni baru boleh ngeteh. Just like old time bros. Rindu!
Okay, now kita sembang pasal main entry malam ni. Majlis rumah terbuka kami ni berlangsung di our R&D Center yang terletak di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Senang sikit sebab luas and much privacy. Kalau buat kat HQ nanti orang lain datang. Huu. Seawal jam 9 pagi lagi aku dan rakan-rakan mula buat preparation untuk majlis ni. Ni tengah setup audio, baru meriah sikit ada lagu Raya..:-)
Buat arrangement untuk food counter di bilik sebelah. Kaunter dah siap, makanannya mana?
Sempat lagi. Haha. Yelah, takut nanti bila dah ramai aku pulak takde masa nak bergambar sorang-sorang. Tengah elok hensem pagi-pagi ni lah nak bergambar dulu. Hii. Tahun ni aku menggayakan baju raya tahun 2017..:-)
Makanan sampai agak lewat jugak hari tu. Around 11 pagi baru complete penuh food counter kami ni.
Menu utama kami ialah Nasi Arab dan Nasi Dagang berserta Kuey Teow Goreng, Lemang, Roti Jala dan juga a numbers of cake yang menjadi side dishes kami pada hari itu.
11.30AM - Majlis dimulakan dan seperti biasa sebelum makan, ada speech from the Management disusuli bacaan Doa Selamat oleh Saudara Izuwan bagi memberkati Majlis kami ini. Kali ni buat dalam Control Center, sebab ramai pulak yang datang awal. Tahun lepas dalam bilik meeting je..:-)
Sesi bergambar bersama seluruh tenaga kerja Quatriz System Sdn Bhd, with exception technical staff kami yang masih on the way dari site offices kami di LPT & KLK. Ooo, Ira dan Fashan pun takde. Bercuti rasanya.
Kebetulan sama kaler Baju Raya aku ni dengan Helmi dan En. Nizam. Yang tak tahannya, sama dengan sofa pulak tu. #BebasNajib. Hahaha
Our Executive Director, Pn. Zihan bersama staf-staf wanita Quatriz yang anggun berbaju kurung untuk mengiyakan lagi suasana Raya..:-)
Makan time! Tahun ni tak jadi official photographer since Helmi tak bawak kamera. Tapi aku still nak amik gambar lah sikit buat kenangan Raya kami ni.
Bukan main riang lagi diorang ni makan. Biasalah, makan free. Siapa tak suka..:-p
Staf HQ bersama Internal Auditor (Akmal & Hana) dari MTD Group yang kebetulan mengunjungi ofis kami. Invite lah makan sekali. Satu group jugak. Huu
Makan sambil tengok lalu lintas trafik di TPM. Haha. Dah sini je yang kosong nak makan pun, dalam bilik meeting bos-bos. Segan pula, takut awkward je..:-)
Okay, kena pause dulu untuk solat Jumaat. Lepas ni sambung balik next round. Banyak lagi makanan tu.
Eh, macam rare pulak tengok kereta Quatriz ada tiga. Biasa dua je kat TPM ni. Staf site kami baru selamat tiba dari Kuantan.
Ni je lah yang datang pun, ingatkan ramai sangat. Haha. Dari kiri: Ajim, Remy, Pian. 
Sekitar jam 4 petang, Majlis Aidilfitri kami ditutup dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga kepada pengurusan dan juga rakan sekerja yang bersama-sama terlibat untuk menjayakan majlis wajib tahunan Quatriz ni. Staf HQ semua balik ke Batu Caves while aku chose to resume work dekat sini. Ada meeting sebenarnya..:-p
Kami berempat jelah yang tinggal sampai jam 7.30 petang. Ni tengah dalam proses menghabiskan saki-baki makanan yang ada. Huu
Ramalanku benar belaka. Haha. Jem all the way dari Sg. Besi sampai ke Istana. Nasib baiklah, tak bersambung sampai Jalan Duta. Pisang beb, dah la lemau to the max. Niat hati nak stay lama sikit, tapi budak bertiga tu nak balik. Aku ni jenis malas nak pegang kunci ofis TPM ni, sudahnya ikutkan je lah.

Okay, ada satu entri lagi menyusul lepas ni. Still cerita mood Raya lagi. Nak tahu rumah siapa yang kitorang serbu? Aku dah siap menaip nanti baca lah eh. Till then, take care you all!

No comments:

Post a Comment