Assalamualaikum,
Kenapa rasa macam lama tak update blog ni? Busy kot. Tengok last entry minggu lepas je, takdelah terbengkalai sampai 2-3 minggu. Okaylah nak cerita sikit aktiviti aku dan family tadi.
Macam biasa, what happened minggu ni di ofis. Memang busy dengan site visit aje. Rabu dekat DUKE. Dapatlah tengok R&R Segambut. Haa, korang tau tak kat mana tu? Bawah highway beb!
Khamis pulak melawat site di KESAS. Perghh, ni tempat first date dengan Ija dulu. Hee
The whole Friday dengan highway under PROLINTAS. Pendek kata memang penat lah minggu ni. Penat atas jalan..:-)
Tengahari tadi aku meluangkan masa dengan family attending sebuah majlis persandingan sedara mara kami di Bangsar. Kami gerak dari Sg Buaya sekitar jam 11.45 pagi dan tiba around 12.30.
Elok nak dekat sampai si kentang ni berak pulak. Haha
Muka tak puas hati..:-p
Majlis yang menyatukan Nashriq dan pasangannya, Bazilah ni berlangsung di Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kerinchi.Baru 12.30 dah ramai tetamu. Mungkin connection family ni banyak kot. Nak menunggu meja kosong pun berkicap jugaklah.
Ada show nyanyi + dancing oleh sepupu pengantin. Punya lah bingit dewan tadi, si Mikail ni boleh sedap tidur pulak.
Bergambar bersama Opah We. Memang ramai kaum kerabat yang datang tadi. Raya pun tak ramai camtu. Huu
Sekitar jam 2.30 petang, kami meminta izin hos majlis, Tn Nasir untuk bergerak pulang. Memang panas betul cuaca minggu ni. Dehydrated aku dibuatnya.
Tu je lah kot story minggu ni. Okay lah, nak menghabiskan Star Wars Rebels season tiga jap. Ada 4 lagi episod ni. Semakin menarik nampaknya. Huu
No comments:
Post a Comment