Sunday, July 8, 2018

Kisah AKU n TNG e-Wallet App

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama nak story pasal benda ni. Elok pun sebab boleh aku berkongsi sikit knowledge pasal RFID Tag yang akan membuat debut di Malaysia ni pada awal tahun 2019. As mentioned before, Quatriz System is a part of the Government RFID Toll Collection System initiative setup to facilitate the development of RFID tolling di Malaysia ni. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi kesedaran tentang benefits yang akan kita raih kesan dari technology migration ini. 
Rabu lepas kereta kesayangan aku ni berjaya melepasi mileage 100,000km. Pecah dara dah beb! Haha
Ada lah gift sikit yang aku hadiahkan sempena historical milestone ni. Han Solo Lucky Dice (as seen inside Millennium Falcon in Star Wars saga). From now on my Blueniey officially anointed her new name - Myvinium Falcon. Huu

Bukan tu sahaja aksesori baru dalam kereta aku ni. Minggu lepas jugak team RFID Fitment Center Touch 'n Go datang office kami buat fitting sticker untuk jadi tester for Private Account vehicle. Aku merupakan salah seorang dari yang terpilih lah. Sebelum ni hanya exempted vehicle (kenderaan government, tentera, polis, bomba, ambulans etc.) je yang diberi privilege untuk test, laa ni kami punya turn pulak. Cuma bezanya, exempted vehicle takde transaction. Yang kami ni ada transaction, which means kena deduct toll fare lah. Bukan free okay. Kot lah ada yang viral kata ada kereta Myvi biru lalu lorong RFID, palang bukak pulak tu. Huu
Ni lah stiker yang bakal diletak dalam kereta korang nanti. Tak besar pun. Ada dua jenis. Windscreen (as in picture) dan juga headlamp. So, apa kelebihan RFID tolling ni? Unlike Smart Tag, lepas ni korang tak payah nak pakai OBU unit tu dah. Cukup dengan stiker yang affordable ni, kita dah boleh melepasi tol dengan mudah tanpa perlu memperlahakan kenderaan. Fungsi yang sama tapi lebih advance.
As a prerequisite, you guys hendaklah download dan register Touch 'n Go e-Wallet App yang terdapat di Google Play Store & IoS. Once dah registered, baru lah boleh ke Fitment Center (will be announced later) berdekatan untuk proses fitting the RFID Tag. Make sure bila nak pergi FC tu, dokumen seperti copy of IC dan Geran dah tersedia. Jangan bila dah sampai baru perasan tak bawa, memang you guys will not be entertain by our dedicated FC personnel nanti. Knowing my fellow Malaysians, ni lah benda yang paling merisaukan. Haha
Macam mana nak topup? Nak kena cabut ke stiker tu bawak kat kaunter? Tak payah. Melalui e-Wallet system developed by Touch 'n Go, lepas ni semua transaksi berlaku di back-end system, termasuklah reload. Sangat mudah. Dalam application ni membolehkan korang reload e-Wallet secara online in which boleh guna Online Banking, Credit/Debit Card, Auto-Reload or TNG Pin.
Gambar ni merupakan main interface untuk Touch 'n Go e-Wallet App. Dalam app ni bukan sahaja digunakan untuk bayar tol je. Boleh buat P2P transfer dan QR mobile payment. Fungsi lain antaranya bayar bil Astro, TNB, beli tiket flight, book tiket MBO, TGV dan juga untuk retail yang ada e-Wallet enabled. Basically, this is the future of  Malaysia. A cashless society where everything can be done through your mobile je. No need to bring cash and card untuk buat all these transaction.
As for me, memang dah test my RFID Tag di certain Open System highway - DUKE, LATAR, Guthrie, Grand Saga. Alhamdulillah semuanya berfungsi dengan baik. Maknanya all SI yang terlibat had done their part in delivering and coordinating the technology migration. Gambar ni dekat Plaza Tol Rimba Templer. Kat sini try lalu Dedicated RFID Lane.
Berjaya! Huu. 

For time being, boleh lah aku poyo sikit lalu lorong RFID. Haha. Tapi by next year January, korang semua pun dah boleh pakai jugak.  Sabar sikit ye. Tak lama dah, soon we will have our own RFID Toll Collection System di Malaysia ini. Just like our Singaporean counterpart.

No comments:

Post a Comment