Saturday, July 7, 2018

Kisah AKU n Nik's Raya Open House @ Enstek

Assalamualaikum,

Second entry untuk malam ni pulak aku nak cerita kisah open house yang dihoskan oleh one of my colleague, Nik. Sebab dia kemain over mengajak, aku pergi je lah kan. Rasanya asal bertembung dengan aku kat ofis tak habis-habis dok remind aku pasal open house ni. Relax lah sis, aku ni kalau dah berjanji memang ditepati. Haha
Seawal jam 11.30 pagi lagi aku dah bertolak dari rumah ke TPM. Plannya pickup Jaba & Rizal kat sini before carpool together ke venue open house yang terletak di Bandar Enstek. Aku dan Jaba je yang ada, si Rizal tu tak angkat henset pulak. Tido kot.
Nak dekat 2 petang jugak kitorang sampai rumah Nik tadi. Elok lepas Nilai sesat pulak. Huu. Dapatlah melayan Nasi Dagang sambil tengok match Brazil-Belgium. Aku ni sejak Germany dah tersingkir, memang tak tengok dah World Cup ni. Sedih. Wuu
Helmi dan family antara yang terawal sampai sekitar jam 1 petang. Kitorang pukul 1 tu baru nak gerak dari TPM.
Followed by Ima, Azie dan Kak Nita. Yang bebudak laki lain baru nak gerak katanya time ni. Haha, dah agak dah. Ni mesti kes tengok World Cup semalam..:-p
Muka Jaba kelat je nak menunggu budak bertiga tu. Haha. Kalau ikutkan lama dah kitorang nak chow, tapi si Syah kata "otw sikit lagi nak sampai". Kitorang pun tunggu lah. Tapi dia punya "otw sikit" tu nak dekat sejam jugak. Haha
Dalam pukul 3 petang, Sepon dan keluarga pulak sampai dari Puncak Jalil. Brader ni punya open house Isnin after office hour katanya. Kena set meeting kat TPM lah gamaknya. Hee
Haa, sampai pun. Ingatkan dah sesat sampai ke Port Dickson tadi..:-p 
Makan lah korang, kitorang semua dah kenyang dah melantak Nasi Dagang, Laksam dan segala macam makanan yang dihidang tuan rumah tadi. Kelakar pulak gambar ni, tengok Nik dah macam mak cik tengah jual lauk kat customer pulak. Hahaha
Yang baiknya ada Teh Tarik pulak tu. Ni yang paling penting beb! Dapatlah recharge energy aku ni nak drive balik rumah. Confirm jem jalan dah petang-petang gini.
Snap satu gambar kenangan bersama tuan rumah. Picture credit to Ima. 
Sambung menyembang bawah pokok. Haha
Sekitar jam 4.45 petang, kami semua berangkat pulang ke rumah masing-masing. Yang ni tak boleh blah betul, aku keluar je PLUS Tol Nilai sesak sampai ke Kajang Interchange. Pishang beb! Dah drop Jaba around 6pm, lepas tu as expected Sg. Besi jem sampailah ke Istana. Haha. Kesian betul, tu lah diorang cakap siapa suruh duduk jauh sangat..:-P

That's the wrap untuk entries malam ni. Open house ketiga aku bagi Syawal tahun 2018. Sebelum bulan Syawal menutup tirainya pada Khamis depan. Aku ada satu lagi open house yang menunggu untuk dilawat. In Sha Allah jika tiada aral melintang, yang ni pun aku nak join jugak. Ingat nak update satu lagi entri, tapi lemau pulak. Esok lah. Huu

P|S: Brazil kalah! Haha. Tu lah hari tu maki Germany. Padan muka. Hihi

No comments:

Post a Comment