Assalamualaikum,
Panas betul hari ni. Rasa cam nak tidur pulak. Okaylah, nak kena update sekarang jugak sebab malam nak marathon Star Wars Rebels. Huu. Petang ni nak story sikit tentang dua open house Raya yang aku visit untuk minggu terakhir Syawal 2018 ni.
Isnin lepas aku menghadiri sebuah rumah terbuka Aidilfitri anjuran Gamuda Toll Division di Plaza Tol Sunway, KESAS. One of our client, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd merupakan a member company dalam Gamuda ni.
Ramai orang hari tu. Sampai makan pun berdiri sebab takde meja yang kosong.Sedap betul rendang daging ni. Antara the best yang pernah aku makan. Lemang pun elok je. Rasa cam nak lagi!
Dah nak balik baru dapat port selesa. Gamuda kot, memang bersepah-sepah lah client diorang. Haha
Bergambar kenangan dihadapan HQ KESAS sebelum bergerak meninggalkan majlis sekitar jam 2.30 petang. Sambung bekerja di TPM since malam tu ada satu lagi open house..:-)
Malam pulak aku join kawan-kawan lain beraya kat rumah rakan sekerja kami, Sepon yang terletak di Puncak Jalil. Dekat je dengan office, less than 10 minutes journey.
Sedap Mee Kuah bini Sepon buat. Dua kali aku menambah. HiiNawawi dan Pn. Ainie pun join jugak malam tu. Buka puasa sekali katanya. Dalam pukul 9, kami semua bersurai.
Minggu ni ada bermalam kat office jugak since ada satu Addendum submission. Tapi bukan kat sini lah. Apa gila nak tidur kat bangunan ni..:-P
Macam siot je Ira suruh try blazer dia ni buat pergi meeting. Muat tapi tak boleh button lah. Hee
Petang Jumaat ada meeting dengan Perbadanan Putrajaya dekat Taman Ekuestrian ni. Rare jugak meeting sambil tengok orang have-have main kuda. Haha
Rasa accomplished bila akhirnya dapat spend almost 8 jam non-stop main Rome 2 Total War sambil ditemani Maggi Hot Cup dan Wonda Coffee. Pukul 6 pagi tadi baru tidur. Huu
Rambut baru. Hehe. Adalah nampak kemas sikit..:-)
Minggu ni takde pergi mana pun. Rehat je kat rumah, mana taknya dah dua minggu berturut pergi beraya je. Itu belum campur mengikut Ayah pergi wedding anak kawan-kawan dia. Dah tu semua jauh sampai ke Kajang, Bangi. Haha. Takpelah, harapnya time majlis aku nanti diorang pulak yang datang Rawang..:-)
P/S: Tadi beli bucket KFC terus buat makan untuk dinner, breakfast & lunch esok. Malas nak keluar rumah. Huu
No comments:
Post a Comment