Baiklah, malam ni aku nak share quick entry sikit. Menariknya, ada dua ulang tahun yang sangat penting dalam hidup aku happened dalam minggu ni. Nak tahu? Keep scrolling lah ye..:-)
1 Ogos 2018 merupakan ulang tahun kedua aku berkhidmat bersama Quatriz dan MTD Group. Sudah tentunya banyak kenangan suka dan duka yang telah aku lalui selama tempoh ini. Hopefully, more years to come lah ye. Amin.
Dua tahun, dua meja aku dapat kat sini. Yang kat atas tu meja di TPM office. Kalau ikutkan aku mana ada workstation kat sana, tapi sebab kekerapan workload disana membuatkan bos bagi jugak tempat yang proper. Yang bawah pulak my workstation di HQ yang terletak di Menara MTD. Mana yang lagi kemas? Huu
4 Ogos 2018 merupakan hari pertama aku memberanikan diri untuk make a move to someone yang bakal menjadi isteri aku dalam masa tiga bulan ni lagi. Huu
Ini lah our first conversation - simple. Tanya duduk kat mana je. Haha. Dari situ kami terus berkenalan, had our first date di R&R Awan Besar, KESAS pada September 2017. Hii. Oktober 2017 mengikat tali pertunangan and now counting days untuk disatukan..:-)
Okay, ni selit sikit cerita minggu ni. Jumaat after office hour aku pick up ayah kat LRT Bukit Jalil dan terus menuju ke Port Dickson. Nak amik mak yang berkampung kat sana dengan Along.
Siot je Tigo ni, aku nak balik boleh buat-buat tidur pulak. Sedangkan elok je nampak main dengan rumput sebelum tu. Kucing gila. Haha
Sabtu sekitar jam 2 petang kami bertiga bergerak meninggalkan Port Dickson. Mak sedih nak meninggalkan cucu kesayangan dia ni. Maklumlah almost tujuh bulan teman Along menjaga si Kentang ni (tapi sekarang tak nampak cam kentang dah, huu). Sampai Bukit Jalil around 3 petang before straightly ke Green Avenue untuk pick up Ija pulak nak bawa ke Sungai Buaya since ada hal sikit yang nak disettlekan minggu ni.
Petang tadi buat fitting untuk persalinan majlis di Melaka nanti. Nasib baiklah mak ni ramai kawan. Senang sikit. Esok pagi aku hantar Ija balik ke Bukit Jalil, kebetulan ada kerja sikit kat TPM. Elok sangatlah..:-)
Haa, ni pun nak masuk ke? Penting beb! Akhirnya, after 400 turns. The Roman Empire, circa 135 AD under the leadership of the Emperor Gaius Flavius Maximus of the Julii berjaya menakluk kesemua region yang dipertandingkan dengan kekuatan 15 Legio & 10 Classis. Memang puas hati betul main Rome 2 Total War dan total domination seperti ni membuktikan aku belum hilang bisa lagi main gambe bergenre Real Time Strategy ni. Haha.
Okay lah, rasanya itu je lah kot yang aku nak update malam ni.
No comments:
Post a Comment