Assalamualaikum,
Okay, malam ni nak share sikit cerita minggu ni di office. Memang busy, aku langsung tak pergi MTD pun, masa banyak dihabiskan dekat site je. Sampai cashier Ayam Kampung Hassan kat Awan Besar tu dah kenal aku lah kiranya. Huu
Selit sikit cerita minggu lepas, sempatlah meluangkan masa jumpa my brothers ni. Kebetulan hari tu Sukan Asia - Malaysia lawan Jepun, memang penuh semua kedai Mamak yang ada dekat Bukit Sentosa tu. Sudahnya mengopi kat Salam Bistro yang nak ke KKB tu. Haha
Jumaat lepas ke Bank Islam bayar lump sum wang belanja ke family cik tunang. Belanja settle, hantaran settle, kenduri pun settle. Sekarang ni tinggal nak beli cincin nikah je. Then, ready to kahwin lah. Tengok calendar lagi 2 bulan je beb! Huu
Okay, now kita ke cerita minggu ni. Nampak tak budak-budak yang ramai ni. Ni lah staff baru Quatriz yang akan terlibat dalam operasi RFID Fitment Center kami yang akan dilancarkan 3 September ni. A total of 12 staff distributed in four Fitment Center sekitar Lembah Klang ni akan beroperasi pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Isnin tu aku observe training diorang kat Touch 'n Go Bangsar South.
Ni pulak cerita hari Selasa. Kena troll dengan bos beb! Haha. Kata dah dapat approval from SILK untuk setup FC kat sana. Aku dah warning diorang malam tu cakap OM SILK tak tahu menahu pasal approval ni from top. Pagi Selasa tu, seawal jam 6.30 lagi aku dah keluar rumah nak ke site yang terletak di Plaza Tol Sungai Ramal (Barat) ni. Elok je sampai sana dengan Izuwan, diorang kata tak dapat approval. Cb sungguh.
Berkejar pulak ke R&R Awan Besar untuk setup FC kat sana bersama Syah. Kesian brader ni tak pasal kena heret sekali. Since site tengah under reno, kami setup kaunter luar kedai je untuk memenuhi permintaan TNG untuk conduct dry run kat sini.
Tangan kanan join dry run, tangan kiri monitor kerja-kerja renovation. Haha
Hari Rabu tu aku ada tender clarification di AZRB sampai jam 1 petang. Lepas tu terus berkejar ke Awan Besar since ada visit dari LLM, TNG dan juga FETC Taiwan. Diorang nak tengok our FC readiness. Berkali-kali aku cakap kat TNG, site KESAS belum ready untuk trial since under renovation. Tapi nak buat kat sini jugak, amik lah korang. HahaAkhirnya semalam, tepat jam 4 petang. Renovation FC kami siap. In fact, 2 days ahead from the schedule. Cuma tinggal minor touch up je iaitu letak shop signage, then logo sandblast dekat glass wall tu. Hopefully this will silence anyone yang only know to criticize my judgement untuk pick contractor ni.
Petang Jumaat meluangkan masa keluar dengan family. Pergi AEON Rawang je tadi, tapi memang sesak gila beb! 3-4 kali tawaf cari parking. Maklumlah cuti Merdeka. Buat pulak orang baru gaji, memang semua berjalan lah. Haha
Saja bawak si Debot ni keluar berjalan. Stress duduk rumah katanya. Ni pun muka tak puas hati je sebab tak boleh nak main mini car tu. Awak tu kecik lagi. Huu
Tak buat apa sangat kat sini. Ikut mak shopping kat DAISO. Nak tengok wayang punyalah ramai orang. Lagipun si kecik ni ada, dah la kuat menjerit. Haha
Then we had our early dinner dekat Mee Tarik Warisan Asli. Serius aku tak tau ada satu kat dalam ni, biasa makan kat Prima Gombak je.
Okaylah nak tidur dulu, esok gua kena kerja pulak. Potong stim betul..:-(
No comments:
Post a Comment