Assalamualaikum,
Perghh berjalan beb minggu ni! Jarang benar nak tengok aku ni keluar rumah. Biasa hujung minggu membuta je kerja, kalau ayah ajak keluar barulah aku ni menghadap cahaya matahari. Huu. Okaylah, nak story sikit aktiviti hujung minggu. This week aku meluangkan masa berehat dekat Serkam, Melaka.
Minggu ni kat office memang busy. In fact, aku jarang masuk office pun. Banyak spend time buat site visit, meeting etc di luar pejabat. Sampai habis lah sunburn muka ni dibuatnya.
Jumaat pulak aku tidur office. Sebab awal pagi Sabtu tu aku plan nak bergerak ke Melaka. Takut jem, maklumlah sekarang ni kan cuti sekolah.
Sekitar jam 8.45 pagi, aku dan Ija bergerak dari Bukit Jalil menuju ke Serkam. Jalan tak jem, tapi R&R semua penuh.
Niat hati nak bawak cik tunang ni pekena Nasi Lemak Manjo kat R&R Nilai, tapi beratur beb! Sudahnya kami straight terus ke Ayer Keroh. Breakfast Nasi Lemak OBR kat sini. Jadi lah. Huu
Sampai Serkam dalam pukul 1 petang, tu pun sebab singgah Bukit Baru pergi amik kad & banner yang dah siap. Aku menginap dekat Pak Lah Chalet yang terletak kira-kira 200m dari rumah bakal mertua aku ni. Huu. Kalau naik kereta tak sampai seminit dah sampai.
Lengkap fasiliti dalam ni. Kira memang sesuai lah untuk short trip.
Bergambar didepan bilik chalet yang cantik ni..:-)
Lepas letak barang, baru lah aku menghantar cik tunang ni ke rumah family dia.
Mendapatlah lunch free tadi. Hii. Jimat duit..:-p
Dalam pukul 2 aku balik ke chalet. Tidur je sampai jam 5.30 petang. Petang tu pulak kami melawat Pasar Malam kat sini. Beli makanan lah beb, malam nanti nak makan apa..Huu
Our next destination ialah Pantai Siring. Just a few km dari rumah.
Saja nak recce port nak buat wedding photoshoot nanti. Huu
Apa saja la yang dua beradik ni tengok. Jangan mengata aku sudah..:-)
Bergambar kenangan sebelum pulang ke rumah. Jarang ada gambar berdua camni, biasanya selfie je. Nasib baik lah bawak si Asma sekali, ada lah boleh tolong snapkan gambar. Huu
Malam aku tak buat apa pun. Nak buat kerja malas pulak. Nak surf internet dia punya slow tu kalah kura-kura. Bukak TV, takde cite best pulak. Sudahnya tido je lah. Pagi tadi sekitar jam 9 pagi, kami berdua bergerak pulang menuju ke KL. Sampai Bukit Jalil tepat pukul 11. Dua jam jugak driving tadi.
P/S: Draw pulak Newcastle semalam. Takpelah, main away kot. Bersyukurlah dapat 1-point. Haa
No comments:
Post a Comment