Okay, tengah malam ni aku nak bercerita pasal satu aktiviti sukan bersama my colleagues Jumaat lepas. FYI, diorang ni memang dari last week dah mengajak aku join. Tapi last week ada hal sikit, so tak dapat nak ikut main. Hujung minggu ni pulak takde plan apa, tu yang sempat meluangkan masa join bro-bro ni beriadah mengeluarkan peluh setelah seminggu bekerja.
Seawal jam 7 petang lagi, aku dan Azrul dah ke venue sukan kami yang terletak di KSL Puchong. Nak booking court siap-siap. Plan kami nak main 2 jam bermula 9 malam sampai 11. Brader ni baru kahwin bulan April hari tu. Katanya memang dah siap-siap bagitau wife balik lewat. Aku pulak memang every week ready baju sukan, kasut, reket semua dalam kereta. Just in case kalau jadi main, so takdelah nak bagi excuse tak dapat join. Huu
9PM - Aktiviti sukan kami bermula. 5 orang yang datang on-time iaitu aku, Azrul, Helmi, Saukani dan Shah. Diorang ni semua memang duduk area sini, so takdelah kena standby macam aku ni..:-)
Sekitar jam 9.20 malam, Sepon datang bawak anak-anak sekali. Elok betul budak-budak ni tak meragam. Apa susah, bagi je lah handphone tengok Didi & Friend, tahulah diorang senyap. Haha
10 minit lepas tu, Nawawi join the forum. Yang ni memang unexpected. Haha. Aku pun tak jangka bro ni datang..:-p
Just 5 minutes after Nawawi, our new staff Rizal datang melengkapkan senarai 8 orang yang bermain malam tu. Memang happening betul bila ramai yang join. Boleh tukar-tukar partner sambil study gameplay diorang ni. After almost six month tak berbadminton, adalah improvement sikir dari game yang lepas. Hii
Aktiviti sukan kami adjourned sekitar jam 11 malam. As usual, ngeteh dulu sebelum balik sambil berbincang match strategy. Yelah memang quite awkward sikit main double ni, dulu kat UiTM selalu main single je, kalau partner dengan Joe main cover front-back. Laa ni nak dengan budak-budak ofis ni nak kena adopt stail chequered pulak. Huu
Haha. Dah macam apa muka. Memang enjoy malam tu sebab jarang sangat bersukan apatah lagi dengan kawan-kawan. Nak harapkan bro Sungai Buaya memang mandang lah, yang bro Shah Alam pulak asyik bertangguh je..:-)
Dari Puchong, Rizal yang hantar aku ke Puncak Jalil since aku park dekat sana. Ingatkan terus balik, sambung lagi pekena Extra Joss kat Mirassa sambil bersembang pasal topik sejarah dengan Rizal sampai jam 3 pagi. Haha. Bukan selalu beb dapat menyembang dengan orang yang ada sama interest ni. Tu yang leka betul malam tu. Bergerak dari Bukit Jalil sekitar jam 3.15 pagi dan sampai Sg Buaya around 4 o'clock.
Ni pulak cerita semalam. Aku meluangkan masa menemani mak ayah untuk sebuah majlis wedding di Setiawangsa. Macam biasalah, sekarang ni kena lah rajin sikit ikut diorang bersosial. Huu
Majlis yang menyatukan , err.. aku pun tak ingat lah nama pasangan yang diraikan tadi. Haha. Well, it's definitely one of anak kawan ayah ketika berkhidmat di PETRONAS dulu. Aku rasa 20 minit yang pertama ayah dok bersembang dengan kawan-kawan dia je..:-)
Nasib baik mak join, kalau tak pishang lah aku jadi kayu dok sorang-sorang takde hala tuju. Haha.
Tunjuk muka sikit. Hii
Sekitar jam 2 petang, kami bergerak meninggalkan majlis dan terus menuju ke rumah. Takde nak singgah mana-mana, since aku memang mengantuk. Buat pulak badan ada sengal sikit efek dari bersukan malam tu.
Yass! The English Premier League sudah pun membuka tirainya malam semalam. First match Newcastle menentang Spurs di St James' Park berkesudahan 1-2 berpihak kepada team pelawat. It's okay, hard luck boys. We will bounce back next week. Howay The Lads!
P/S: Berdebar pulak memikirkan RFID Fitment Center ni. Sempat ke nak catch up dengan soft launch 3 September tu. Hopefully sempatlah. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment