Thursday, August 23, 2018

Kisah AKU n Aidil Adha 2018

Assalamualaikum,

Syukur aku panjat ke hadrat Ilahi atas kesempatan untuk terus hidup diatas muka bumiNya ini serta menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi tahun ini. Baiklah, malam ni nak story sikit apa benda aktiviti yang aku buat sepanjang cuti sehari ni.
Walaupun company bagi half day hari Selasa tu, atas tuntutan kerja yang melambak di ofis serta mengejar deadline yang semakin dekat. Aku terus bekerja sampai ke jam 6 petang before pick up Ija di Bukit Jalil.
As planned, kami berdua ke IOI Puchong nak menyempurnakan barang hantaran yang belum settle lagi. Since Raya Haji tahun ni jatuh tengah minggu, both of us tak balik kampung pun. Nak simpan cuti katanya. Huu
Lepas dah beli barang, takkan balik terus kot. Confirm jem gila jalan time tu. So, kami decided to spend time together tengok wayang. Bukan selalu dapat keluar dating camni. Masing-masing busy hal kerja. Beli tiket dulu then makan malam siap-siap..:-)
We had our dinner dekat Leleh. Memang kat sini port kalau nak makan nasi kat IOI ni. Cik abang ni bukan lalu nak telan makanan eksotik Korea, Jepun tu. Huu
Biasalah lidah Melayu. Hii
Sekitar jam 9.30, masuk panggung wayang. This time tengok cerita Hantu Kak Limah. Aku ni kalau ikutkan memang jarang nak melayan cerita Melayu dekat cinema. Tapi hat ni lain sikit. Macam memanggil gitu..:-p
Movie habis around 11.45pm. So, verdict? Memang best dan highly recommended. Tak sia-sia tengok, tak henti aku gelak dari starting cerita sampai habis. Huu. Ni pun rasa nak repeat lagi. Hii
Seawal jam 8.15 pagi lagi aku dah ke Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. Tahun ni aku raya sorang je. Mak ayah dan adik balik Perak. Along pulak beraya dengan family mertua dekat Johor.
Pas habis terus balik rumah je lah. Nak beraya mana lagi. Bro-bro pun semua takde. Dolah balik Teluk Intan, Afiq pulak on-duty pagi Raya tu kat Domino Batang Kali..:-)
Adik share gambar dalam group. Siap share makan lemang jagung lagi. Jeles betul. Huu
Yang ni lagi kesian. Haha. Orang lain semua pekena lemang, ketupat, rendang dsb. Yang aku ni mampu makan Maggi je pagi Raya. Kedai kat Sungai Buaya semua tutup!

Closing entri raya Haji tahun 2018 ni, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang menyambutnya. Mari kita berdoa agar para-para Haji kita sentiasa didalam rahmat dan perlindungan Allah sepanjang ibadah mereka disana serta dikurniakan haji yang Mabrur. Bagi kita yang belum berpeluang menjadi tetamuNya, jangan putus doa. Let's double our amal ibadah agar dihadiahkan peluang untuk kesana pada tahun yang akan datang. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment