Assalamualaikum,
Ada few entri yang aku nak kongsi untuk cerita minggu terakhir Syawal 2024 aku tahun ni. Jom kita mulakan dengan open house Raya anjuran KLCC Holdings Sdn Bhd.
30 April - pagi tu aku ada meeting dengan one of parking operator dekat outskirt KL. CP dengan Irfan diorang ada meeting lain dekat PNB118 so kitorang pergi berasingan. Luckily meeting aku habis awal so dalam jam 12 aku dah sampai area KL Convex ni, elok sampai je staf parking kata parking dah penuh so kena cari parking lain. Sudahnya aku park dekat Menara Felda je, around 400m jugak from venue open house tu.
Pukul 12.15pm camtu aku sampai. Memang terus masuk je hall and terus berjumpa hos kami iaitu KLCC Parking Management Sdn Bhd (KPM). As BD, Raya open house merupakan antara platform terbaik untuk networking dan juga maintaining our relationship with business partners, vendors etc.
Kali ni aku tak makan nasi sangat pun, banyak ambil makanan dekat stall-stall yang disediakan. Buat pulak si Irfan bagitau diorang masih sangkut meeting lagi. Memang makan slow and steady je lah sambil bersembang dengan kenalan dari industri such as Mr Syazali from Sysmantech, Mr KZ Sau from Enctech yang duduk satu table dengan aku.
Jam 1.15pm, barulah colleague lain sampai. Lega sikit ada geng, kot lah boleh backup apa yang patut. Haha
Escort brader ni ke stall-stall yang ada. Tahun ni TNG tak buat open house. So boleh lah berangan jadi hos. Huhu
Dalam jam 2.30 petang, reps from Touch 'n Go bergerak pulang meninggalkan majlis. Bukan apa, kalau ikut memang nak ngeteh lama lagi tapi ada back-to-back meeting jam 3 dan 4. So, cabut dulu then masuk meeting sambil drive.
Hujan lebat membasahi bumi KL. Nasib baiklah bro Irfan sudi tumpangkan and dropped aku kat Menara Felda tu. Kalau tak memang berkicaplah nak berlari 400 meter..:-p
Setakat ni tu je jemputan open house aku tahun ni. Takdelah semeriah tahun lepas yang almost setiap minggu ada invitation. Of course macam aku mentioned earlier, tahun ni TNG takde organize open house cuma minggu depan ada buat satu internal Raya celebration di office. Okaylah tu daripada takde. Haha
No comments:
Post a Comment