Tuesday, May 28, 2024

Kisah AKU n Family Vacation: Cameron Highlands - Day 1

Assalamualaikum,

Fuhh, letih beb hari ni. Rasa macam nak tidur terus je, tapi kalau tak update karang asyik bertangguh pulak. Okaylah, nak story sikit pasal my short vacation bersama family wife. Ni merupakan vacation pertama yang aku join dengan diorang. Pergi mana tu? Moh le baca.
Kami gerak asing hari Sabtu tu. Aku gerak dalam jam 7.20, family yang lain gerak dari Selatan seawal lepas Subuh lagi.
Gather dekat R&R Tapah sekitar jam 8.30 pagi. Time ni baru tahu Zed gerak lewat sikit ada hal.
Mendaki Cameron Highlands dari arah Simpang Pulai dalam jam 9 pagi. 
Crossing border Perak-Pahang sekitar jam 11 pagi.
Since check-in pukul 3 petang, kami sekeluarga melawat destinasi pertama kami iaitu Lavender Garden yang terletak di Tringkap.
Lavender Garden ni merupakan antara tempat wajib bagi pengunjung yang melawat bandar peranginan ni. Apa yang ada kat sini?
Of course, dah nama pun lavender so tempat ni confirmlah ada bunga lavender. So kat sini memang banyak jenis bunga lavender dan juga bermacam jenis bunga-bunga lain such as lily, rose, daisy etc.
Sekali sekala nak beromantis dengan background bunga-bunga. Huhu
Apa saja yang disembang tu. Huhu
Eh ada rama-rama gergasi lah..:-0
Disini juga ada zon Strawberry di bahagian upper deck. Kat sini korang boleh memetik buah strawberi or simply beli dekat kedai yang ada kat atas tu.
Apa Fariq muka moody je tu..:-(
Rupa-rupanya nak makan aiskrim. Cakaplah, ni buat muka toya pulak..:-p
Melawat section ikan Koi
Selfie bersama ahli keluarga yang lain. Time ni Zed baru sampai Tapah, so memang tak sempatlah melawat tempat ni.
Yang mana satu teddy bear ni? Haha
Strategik betul diorang letak kedai-kedai menghala ke jalan keluar. So, memang possibility pengunjung nak membeli belah tu quite tinggi jugak. Huhu. Bermacam jenis kedai bermula dengan Lavender Garden Official Store yang menjual barangan berasaskan lavender, dan juga kedai menjual other souvenirs dan light snacks.
One last gambar wifey before kami meninggalkan Lavender Garden ni.
Yep, that's the dreaded and infamous Cameron Highlands' traffic jem. Aku nak ke Brinchang around 8km je, tapi nak dekat 3 jam kena sidai. Pfft
Sekitar jam 3.30 petang, akhirnya kami sampai ditempat penginapan selama 3 hari 2 malam ini iaitu di Emerald Avenue @ Brinchang
Sedikit gambar didalam bilik yang ada. Kali ni kami tidur tak ikut family, tapi rather ikut gender. Ni bilik lelaki. Huhu
Dekat dapur ada induction stove dan fridge. Kita juga boleh pakai pinggan mangkuk yang ada FOC.
What a breathtaking view from bilik kami.
Semuanya kepenatan, so memang petang tu berehat je. Nak recharge untuk aktiviti malam pulak. 
Yang the kids ni je aktif lagi, maklumlah semua dah membuta dalam kereta. Haha
Malam tu kami sekeluarga menyinggah the nearby Brinchang Square, just five-minutes walking from our apartment. Semua tak larat nak drive, nak cari makan malam je sebenarnya.
We had our dinner at De' Kayangan Steamboat & Grill Restaurant.
Dah lama aku tak grill + steamboat ni. Huhu. Tak silap last tahun 2018 jugak before kahwin.
Brader ni of course lah makan aneka sosej, fish-ball, chicken-ball dan macam-macam ball lagi lah..:-p
Then kami meluangkan masa ke arcade zon, betul-betul located bersebelahan restoran ni. Pandai betul diorang park benda ni, yang parents lah payah nak suruh anak makan betul-betul. Haha
Sempat snap few gambar je kat sini. Actually entri yang aku update ni pun memang semua gambar phone aku. Diorang belum share gambar lagi, nanti dah dapat aku revise sikit lah..:-)
Kami balik apartment dalam jam 10.30pm, lepas hantar diorang aku dan Zed terus keluar balik and made our way to Tanah Rata, cari port tengok bola. Malam tu merupakan final Piala FA between Man City berlawan Man United. Sadly, MU menang dan Newcastle officially tak dapat slot ke Eropah season depan walaupun menamatkan liga lebih tinggi dari MU. Sobs. Takpelah, season depan kita fokus liga domestik and try to win at least one cup. HWTL!

That's the wrap untuk entri hari pertama kami di Cameron Highlands. Ada lagi two more entries yang akan aku sajikan for the next hours. Stay tuned

P/S: Cameron ni memang sejuk, siapa tah cakap kat aku tempat ni dah tak sejuk macam dulu. Hotak dia lah. Haha

No comments:

Post a Comment