Assalamualaikum,
Maaf lewat sikit update next entry ni. Terlelap. As the title suggested, our family vacation sudahpun masuk hari kedua. Agak padat event hari kedua ni. Padat dalam kereta. Haha
Seperti yang dirancang, seawal jam 8.30 pagi lagi kami dah bergerak ke destinasi pertama untuk hari kedua ni iaitu Cameron Valley Tea yang terletak di Tanah Rata. Mula-mula ingat nak ke BOH Plantation tapi jalan ke Sungai Palas punyalah sesak. Tu yang tukar plan.
Our first stop ialah di Cameron Valley Tea House 2. Ini merupakan salah satu tea house managed by Bharat Tea Plantation. We had our breakfast here, muka excited betul bro ni. Haha
Ada pelbagai jenis breakfast ranging from eastern to western cuisine such as Nasi Lemak, Spaghetti, English Scones, Sausage Rolls etc dan of course wajib kita pairkan dengan secawan fresh tea yang marvelous ni.
Time kami datang tu orang pun dah ramai, so dapat meja kat dalam ni je. Baru ingat nak breakfast sambil menikmati pemandangan ladang teh, baru rasa macam orang kolonial sikit. Hihi
Lepas tu kami ke Tea House 1 pulak, just a few KM from Tea House 2. Kat sini boleh masuk ladang teh. Ikut korang lah nak jalan kaki, or naik buggy. Pemandangan dari starting point.
Macam kitorang sebab ada warga emas, dan juga kids. So memang nak tak nak kena naik jugak. Mau pengsan diorang nak menapak kawasan ladang teh yang luas ni.
Ada lah less than 10 minutes ride, kami stop dekat lower checkpoint. Satu hal pulak nak mendaki naik ke sign "Cameron Valley Tea" tu. Huhu
Selfie sikit. Cuaca memang panas, tapi suhu just nice. Tak berpeluh pun..:-)
Sempatlah snap beberapa photos tapi this is my favourite lah. Macam wallpaper Windows XP kan? Haha
Ilyas bersama anak-anak buah yang cukup aktif sepanjang percutian ni..:-p
Kami meluangkan masa dalam 40 minit jugak kat ladang ni. Bergambar with ahli keluarga untuk kenangan bersama. Ada sorang uncle yang agak peramah offered untuk ambil gambar kami.
Ni pulak gambar Fariq di mini waterfall yang ada dalam ladang ni. Boleh buat gaya Goku dia pulak..:-p
Ni Fariq yang snap gambar aku. Pandai kan budak tu? Tengok lah anak siapa. Hehe
Singgah borong teh dulu before move to our next stops.
Dalam jam 11.30, kami memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Abang Strawberry yang juga terletak di Tanah Rata, cuma lokasi kedepan sikit berdekatan Brinchang. Sebab tempat ni dekat dengan Brinchang, secara tak langsung kena tempias jem jugak so another traffic jammed!!
Nak tau aku sampai pukul berapa? 3 jam beb untuk jarang yang hanya 6.7KM! Hahahaha~ Sampai je aku drop diorang and cari parking. Round punya round tak jumpa last-last give up. So aku decided untuk park kereta approximately 2km away dengan lokasi. Malas nak jalan. Tu yang sudahnya makan aiskrim je sambil tunggu diorang. That's explain gambar ice-cream yang takde kaitan langsung dengan Abang Strawberry tu. Huhu.
Around 4pm diorang call, baru lah aku gerak buat pickup service. Balik pun sama jem jugak, sejam setengah menempuh perjalanan 3KM. Berdenyut siak kepala lutut. Malam tu kami ke Cameron Centrum, just a walking distance from Emerald Avenue.
This time around we had our dinner at Pak Leh Restaurant. Terasa nak makan makanan goreng pulak.
Lepas makan shopping time! Sebenarnya diorang plan nak shopping kat Kea Market keesokan harinya. Tapi aku rasa sangsi dan tak konfiden dengan trafik. Tu yang decided untuk membeli-belah malam tu je.
Ahh sudah nampak action figure Dragon Ball lah pulak. Takpelah, nama pun cuti sekolah. Beli je lah untuk handsome boy ni..:-)
Wife dan anak-anak bergambar di Cameron Centrum.
Korang tengok budak-budak ni boleh berposing pulak, dah macam model Mangga pun ada si Hassan tu..:-p
Ingat nak naik bas Double Decker ni tapi ramai orang queue. Tapi budak-budak ni dah dapat mainan diorang tak pandang dah bas ni.
Baru ingat nak amik gambar sorang-sorang kat phonebooth ni. Sekali Fariq datang bawak geng lah pulak.
Wife bergambar kenangan bersama adik beradik, serta anak-anak buah.
Aku selfie je lah..:-)
Berlari budak sorang ni nak balik rumah tengok kartun.
No comments:
Post a Comment