Wednesday, May 22, 2024

Kisah AKU n EPL 2023/2024 - The Finale

Assalamualaikum,

Ya betul, Ahad lepas merupakan match terakhir EPL bagi musim 2023/2024. Last game kot, mesti lah kena tengok. Tapi memang aku tak pernah missed game Newcastle pun season ni, kalau ada pun sebab terlelap.

Alhamdulillah, Newcastle menang dalam perlawanan terakhir EPL season ni dengan keputusan 2-4 di GTECH Community Stadium menentang team yang sedang bergelut, Brentford. 
Ni merupakan full season kedua Newcastle dibawah kendalian Eddie Howe bersama assistant coach, Jason Tindall, dan after 38 games, team kesayangan aku ni menamatkan saingan di tempat ke-7! 
Unlike season lepas dimana kami mendapat tempat keempat liga (71pts) dengan rekod joint least goal conceded (33) dan juga joint least defeat (5). Season ni agak drop sikit, nombor tujuh liga (60pts) but ada peningkatan dengan jumlah jaringan gol iaitu 85, third place behind Arsenal and Manchester City. 
Ditangga ketujuh liga sebenarnya dah cukup untuk dapat slot UEFA Conference League. Third tier European competition which actually a downgrade from what we had this season with the first tier's UEFA Champions League. Tapi semuanya bergantung dengan keputusan Final FA Cup melibatkan Manchester City vs Manchester United. If City menang, Newcastle dapat ke Eropah, but if United yang menang kami tak dapatlah ke Europe. Of course, we will be cheering for Mensiti hujung minggu ni. Huhu

Thank you to Wor Eddie and the players for a memorable season. Special thanks jugak to our owner, Mr Yasir Al-Rumayyan dan juga co-owners; Mehrdad Ghoudossi, Amanda Staveley and Rueben's brother. Without the takeover dan juga investment from them dua tahun lepas, mana mungkin kami yang penyokong setia ni dapat enjoy musim yang boleh dibanggakan jugak ni despite several setback such as a lot of injured key players, no luck in domestic cup's draw (mana taknya asyik dapat away je) tapi tu pun rasanya the lads dah buat habis baik dengan melayakkan diri ke quarter-final EFL Cup dan FA Cup. Tak yah cerita pulak our first season di UCL, walaupun agak corot tapi siapa yang boleh lupa macam mana kami bantai PSG 4-1 kat SJP. Pendek kata, we are not ready yet for UCL but we fought valiantly.

Okay dengan tamatnya game hari tu, maka EPL season 2023-2024 officially ended. What to do next?Lepas ni layan Liga Malaysia lah, sementara nak menunggu bulan Ogos. Huhu

P/S: Semua gambar credit in advance to sources yang berkenaan

No comments:

Post a Comment