Sunday, May 5, 2024

Kisah AKU n Sambutan Aidilfitri 2024 @ TAS

Assalamualaikum,

Jumaat lepas aku berkesempatan hadir ke sebuah majlis sambutan Hari Raya anjuran Taska Anakku Sayang (TAS), iaitu taska Iman bersekolah. 

Sebelum event start, budak-budak dah settle makan dan bergambar dulu. Amboi Iman diri paling depan sekali. Huhu
Iman bersama rakan-rakan from batch U3. Tiga orang je..:-p
Memang kami antara parents yang terawal sampai since aku WFH while wife pulak on-leave hari Jumaat tu.
Event berlangsung di branch Taska Anakku Sayang Jalan Kenangasari, last year diorang buat kat HQ di Taman Kasturisari. Pelik jugak sebab yang tu besar and open sikit compare dengan yang branch lot kedai ni. Whatever lah, aku datang nak beraya je. Huhu
Makan time, banyak juga juadah yang disediakan - bihun goreng, nasi impit dan juga aneka kuih muih. Yang si Fariq ni malu-malu pulak jumpa member lama, dok melekat dengan ibu dia. Pfft
Tunggu apa lagi, pergi lah join main.
Yang ni bukan main seronok lagi, mentang-mentanglah sekolah dia. Huhu
Haa dah lama sikit baru mau main sama-sama.
Nasib baik sampai awal, so awal jugaklah makan hari tu so dapatlah monitor budak-budak ni bermain. Ramai jugak parents yang hadir hari tu, tapi diorang datang dalam range jam 6-6.30 petang. Maklumlah baru balik kerja. 
Sesi bergambar bersama ibu bapa.
Takdelah lama pun hangout kat sini, ada lah dalam sejam jugak dan around 7pm kami bergerak pulang kerumah.

Yup, that's all entry untuk malam ni. Saja je update sementara nak tunggu Newcastle lawan Burnley ni. Harap dapat teruskan rentak kemenangan dan achieve our target untuk Top 6 EPL. HWTL!

No comments:

Post a Comment