Tuesday, May 28, 2024

Kisah AKU n Family Vacation: Cameron Highlands - Day 3

Assalamualaikum,

Baiklah, ini merupakan entri terakhir bagi diari percutian keluarga kami di Cameron Highlands.
9pm - Kami memulakan perjalanan melalui Simpang Pulai since diorang agreed untuk one last shopping di Kea Market. Aku pun on je tapi ada cakap awal-awal if jem teruk and tak dapat parking, aku akan terus turun and tak patah balik. Huhu. As expected, traffic jem seawal di roundabout Brinchang. Pfft
Eh ni gambar apa pulak? Yup betul, ceritanya memang jem dan aku terus menghala ke Tringkap. On the way tengok area Zoomania Butterfly Farm ni masih lengang. Tu yang terus parked and decide nak melawat sini since diorang somehow bernasib baik dapat masuk Kea Market.
Kebetulan budak-budak ada dengan aku, memang perfect jugaklah nak masuk Butterfly Farm ni. IMO, aku pun rasa diorang akan enjoy sini lagi dari pergi bersesak kat Kea Farm tu..:-)
Selain rama-rama yang menjadi main attraction tempat ni, ada jugak a number of haiwan lain such as groundhog macam dalam gambar ni.
Wife asyik tengok phone je, kena kacau lah tu. Maklumlah hari Isnin. Aku pun sama jugak, tapi lantak pi lah korang. I'm on leave and not obligated to pick up my phones pun.
Melawat section ayam belanda..:-)
Ada jugak kambing biri-biri. Siap boleh bagi makan lagi, tapi budak-budak ni punyalah takut. Mana taknya sheeps tu lagi besar daripada diorang. Haha
Haa, arnab ni diorang okay nak bagi makan.
Menangis ke tu..:p
Wife bergambar kenangan bersama anak-anak dan anak buah.
Anak-anak buah yang kekal tenang walaupun separated dengan mak ayah diorang. Sekejap je, tak sampai sehari pun. Huu
The kiddos.
Maryam yang tolong amikkan gambar. Thank you dik..:-)
Selfie laki bini.
Boleh membuta pulak kangaroo ni..:-p
Melawat area haiwan seperti ferret, kucing bengal etc.
and finally one last section tengok ikan before we ended our approximately 1-hour trip di Zoomania Butterfly Farm Cameron Highlands.
Belanja some light snacks and souvenir untuk budak-budak ni before abah diorang datang pickup ke Kea Market semula. Aku pulak memang rasa tak berbaloi nak drive ke atas balik, since kereta dah parked cantik menghala ke Simpang Pulai. 
Sudahnya cakap kat diorang yang aku akan start descending Cameron Highlands and we will meet later at R&R Ulu Bernam. Another 200km journey back to Bandar Sungai Buaya. Jalan tak jem pun, aku bawak pun steady je 80km/h.
3pm - as planned, kami tunggu diorang di R&R Ulu Bernam untuk transfer Fariq. Bro ni akan stay di kampung pulak sepanjang cuti sekolah ni bersama sepupu-sepupu dia. Okaylah tu, dok sini bukan boleh buat cuti pun, kena sekolah jugak. Haha
Tak jadi makan kat R&R so aku suggest diorang swing ke Bukit Beruntung untuk try Darsa Fried Chicken. Tapi bapak penuh sampai beratur kat luar. So aku proposed makan di GH Corner @ Adenium instead. Ni yang paling dekat dengan plaza tol, senang diorang nak keluar nanti.
Sebenarnya masing-masing dah lemau, tapi apakan daya perut kenalah diisi. Diorang ni lagi lah nak menyambung drive sampai ke Seremban, aku at least 10-min drive je from Bukit Beruntung nak ke Sungai Buaya. Huhu
Aku try their latest set Ayyam iaitu ayam goreng with coleslaw and fries. Ni set Fateh, dua ketul ayam. In term of rasa not bad, ada flavor yang lain dari yang lain. But untuk presentation rasanya boleh improve sikit agar tak nampak dry and appalling sangat. Apa-apapun good effort untuk diversify menu yang ada dan juga capitalize gerakan boikot yang melanda negara sekarang.

Sampai rumah dalam jam 6.30 petang to end our vacation di Cameron Highlands. Quite a memorable trip we had together. Hopefully more trip to come in near future. Thank you very much juga bagi pihak homestay untuk layanan tip top sepanjang kami menginap disini, dan juga kepada local yang ramah dan baik hati. Semoga bertemu lagi dikemudian hari.

P/S: Okay nak subuh jap pastu nak tidur balik. Karang mengantuk pulak kat ofis.

No comments:

Post a Comment