Thursday, May 2, 2024

Kisah AKU n 2 Mei 2024

Assalamualaikum,

2 Mei dah? Cepat jugak, mana taknya busy dengan kerja. Tau-tau dah nak masuk setengah tahun. Baiklah, nak story sikit one of the most important dates in my life dan blog ni. The date which I will remember and never forget in my life. Tarikh apa tu?
Pheww, 14 tahun dah blog aku ni! Haha. Kalau ada anak, dah masuk tingkatan dua tau. Selamat Hari Lahir Diari McBride, semoga terus membesar dengan jayanya. Huhu
1,292 entries sepanjang 14 tahun blog ni live dalam Internet. Semua entry yang ada was being typed personally by me. Yelah, nama pun personal blog yang mencoretkan kisah hidup aku sejak zaman menjadi penuntut Asasi UiTM sampailah sekarang dah jadi suami dan bapak anak dua ni. Tak percaya rasanya blog ni masih mampu bertahan. Entri 2024 pun ada 28, more than 11 dari as of 1 Mei last year. Haha. Hopefully, I can still maintain at least one or two entri every month. Better ada daripada takde langsung kan. Bukan apa, bila dah ada anak ni manalah ada aktiviti sangat compared time zaman bujang dulu. Kalau ada pun entri berkait pasal family, office, sometimes games/mods review etc. 

Akhir kata, bersyukur sangat sebab dapat diberi kekuatan untuk terus menaip sambil berkongsi pengalaman, ilmu dan juga cerita yang diharapnya dapat memberi faedah kepada pelawat-pelawat yang sudi datang. More years to come, I guess and again, Happy Birthday Diari Mcbride

No comments:

Post a Comment