Sementara nak menunggu wife habis kerja ni elok jugak aku menaip entri ni. Lepas ni pick up dia terus shoot balik kampung ke Melaka, ada wedding sedara mara lagi. Okaylah, what's up dengan tajuk entri tu. To the South? Ada apa kat sana?
If you guys can still remember, Isnin lepas aku ke JB untuk preparation dan ORT untuk Southern Region RFID Fitment Center. The result was excellent, all five center ready to operate on 13th December 2018. So, kali ni aku ditemani another two team member ke JB sekali lagi untuk mandatory monitoring untuk first day of operation there. Cuma this time aku tak drive lah, ikut Izuwan sekali. Yelah, dia pun risau kalau claim aku melambung pastu kena reject dengan bos. Huhu
Seawal jam 5.30 pagi lagi kami bergerak dari Bukit Jalil menuju ke Johor. Singgah breakfast kat R&R Machap dan tiba di Teluk Danga sekitar jam 9 pagi. Kat sini aku dan Izuwan singgah hotel penginapan Hazim, our IT Support yang dah terlebih dahulu kesini untuk deliver training session kat JB operation staff.
Quick briefing dan pengagihan RFID Tag. Untuk hari tu, we split our way to monitor our designated center. Dua lagi site dijaga oleh supervisors from our business partner.
Since naik satu kereta, Izuwan drop aku dulu before pergi tempat dia. This is Hawk Tyre Service Setia Tropika. Kat sinilah center under pengawasan aku untuk hari pertama tu.
Dibuka dari jam 10 pagi ke 5.30 petang, FC Setia Tropika mempunyai dua well trained dedicated staff untuk warga JB yang ingin melakukan service Fitment disini..:-)
Sebenarnya dah expected hari pertama tak ramai since TNG pun baru masukkan senarai lima sites ni dalam Portal diorang. So, pagi tu quite pisang jugak nak menunggu dua customer yang dah buat appointment. Sudahnya sempat lagi buat kerja office, disamping buat simulation training dengan staf yang ada kat situ.
First customer untuk FC Setia Tropika, Mr. Sia. Bukan main excited lagi brader ni sampai masuk kedalam kaunter. Haha
Fitment of RFID Tag dikereta customer yang dilakukan mengikut SOP yang dibenarkan.
There you go, FC Setia Tropika first ever customer and most probably JB first RFID user! Mudah je sebenarnya proses. Kalau korang (must be e-Wallet owner) datang bawak copy IC dan geran, memang sekejap je. Tak sampai lima minit dah siap.
Kurang satu jam lepas first customer, ada sorang lagi datang and that completed the fitment by appointment untuk hari tu. Tapi aku still berada kat Setia Tropika ni sampailah jam 5.30 petang, just in case kalau ada yang datang untuk initiate walk-in fitment. Petang tu before COB, aku assist staf kat sana untuk buat daily report sementara nak menunggu Izuwan. Kitorang terpaksa balik KL malam tu since ada tiga important meeting nak kena attend esoknya dipejabat.
Izuwan datang sekitar jam 6.15 petang, then kami terus balik menuju ke KL. Hazim pulak stay untuk satu hari lagi kat JB ni. Singgah dekat R&R Machap untuk dinner dan solat.
Sempat lagi bos aku ni borong dodol, wajik. Banyak pulak tu. Haha. Sekitar jam 10.30 malam kami selamat tiba di TPM. Drop barang kat ofis, then terus ke kondo Ija. Rindu pulak kat cik isteri. Sorry tau dear, cik abang kerap pulak outstation lepas kahwin ni. Dulu time bujang takde lah selalu sangat jalan jauh-jauh ni..:-)
Okaylah, itu sahaja cerita untuk pagi ni. Buat warga JB, apa lagi? Pergi lah serbu RFID Fitment Center kami yang ada kat sana. Tak menyesal pun pakai, eventually nanti semua highway kat dalam Malaysia ni will soon implement RFID system jugak. Buat sekarang tak payah bayar apa, buat lambat nanti kena charge tau. Huhu
P/S: Duit photocopy tu bukan duit poket kami pun. It's circulated and regulated to all FCs. TQ
No comments:
Post a Comment