Sunday, December 9, 2018

Kisah AKU n Hilmi's Wedding @ Serkam

Assalamualaikum,

Bukan main lena betul tidur petang tadi. Mestilah kena tidur puas-puas, esok awal pagi lagi dah nak berangkat ke JB untuk ORT Fitment Center kat sana. Baiklah, nak cerita sikit sebuah majlis perkahwinan sedara yang aku attend hujung minggu ni di Melaka.
Cerita di pejabat minggu ni tak kurang hebatnya jugak. Quatriz FC Acquisition Team berjaya membuka empat buah FC baru di Lembah Kelang. Minggu ni habis dengan site inspection, ORT dengan launching je. Malam hari Jumaat tu aku dan Ija balik Melaka, pukul 9.30 malam jugak gerak dari Bukit Jalil since aku kena join Townhall Meeting dekat office. Sampai Melaka nak dekat jam 1 pagi jugak. Jem teruk all the way from Sungai Besi to Nilai Utara.
Sempat menyinggah our Fitment Center di R&R Awan Besar, KESAS. Minggu ni diorang dah start beroperasi sampai jam 10 malam, together with team from Lay-By Loke Yew BEX.
Sabtu - Seawal 8 pagi aku dah bangun, maklumlah majlis kat rumah sebelah je. Sedara mara pulak tu, takkan lah tak tunjuk muka langsung. Huu. Majlis yang menyatukan Hilmi dan pasangannya, Hayati ni berlangsung dirumah pengantin lelaki di Serkam Pantai, Merlimau, Melaka.
Aku perasan majlis kat Melaka ni semua mula awal. Kalau kat Selangor normally jam 11-11.30 baru start. Yang diorang ni jam 10 biasanya dah start makan-makan.
Ada group Qasidah dari surau berdekatan yang datang memeriahkan majlis dengan qasidah dan marhaban pilihan.:-)
Kami yang family ni dapat makan dulu. Yelah, dah rumah sebelah je. Awat nampak muda pulak muka aku ni. Huhu
Lepas makan ingat nak tolong apa yang patut. Tapi pishang jugak takde job nak buat. Tercongok berdiri tepi tiang sambil memerhati tetamu yang hadir.
Tengah syok duduk kat depan terus jadi part-timer penyambut tetamu sementara menunggu pengantin dan rombongan datang. Haha
Sekitar jam 12 tengah hari, yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tapi team kompang delay pulak. Hii. 10 minit jugak menunggu, karang tak synchronize pulak..:-p
Haha. Last minute jadi "Bunga-Manggar Bearer". Dah macam bawak bendera apa tah. Haha
With Anas, anak Pak Andak..:-)
Wife tak berapa sihat sangat minggu ni, balik rumah terus. Tak dan nak mengambik gambar dengan pengantin pun.
Apa tengok-tengok? Huhu
Ikut plan asal nak hantar Ija ke Melaka Sentral je, since aku nak ke Johor Bahru. Tapi budak ni tak sihat pulak, kenalah bertanggungjawab sikit. Sudahnya, balik ke Bukit Jalil dulu. Esok dalam jam 4 pagi baru aku gerak ke JB.
Pagi Ahad seawal jam 10 pagi lagi kami dah bergerak pulang ke Bukit Jalil. Gerak before tengahari, nanti jem pulak. Seperti yang dijangka, jalan quite clear dari Jasin sampailah ke Bukit Jalil. Cuma jem luar biasa sikit dekat area Stadium, orang queue beli tiket.

Itu sahajalah cerita malam ni, okay lah nak makan KFC jap. Pastu nak tidur, karang terlajak bangun baru padan muka kau..:-p

P/S: December ni memang bulan outstation. Minggu ni ke JB, minggu depan ke Penang pulak.

No comments:

Post a Comment