Okay, sementara nak menunggu wife habis kerja ni aku nak story sikit cerita yang happened time cuti Krismas tempoh hari. Seperti yang sedia maklum Selasa lepas satu Malaysia cuti, aku pun tak terlepas jugak menikmati cuti yang hadir kesan dari kemajmukan masyarakat dalam Malaysia ni. Huhu. Baiklah, tak payah nak meraban buat intro yang hambar. Jom lah kita straight to the point lah.
Petang Selasa tu aku dan Ija ke AEON Rawang. Ingat nak bershopping sikit, maklumlah dah lama tak ngedate. Cik abang asyik out-station je..:-)
Sampai sekitar jam 5 petang, jalan boleh tahan sesak. Bukan setakat jalan, dalam AEON ni nak mencari parking pun boleh tahan jugak. Berapa kali tawaf baru jumpa parking, nasib baiklah dapat yang dekat. Huhu
Si Ija ni nak mencari hadiah untuk kawan office katanya bersempena New Year. Aku pun alang-alang dah sampai kat AEON ni ada jugak mencari baju kemeja baru. Maklumlah sekarang ni badan dah naik dengan jayanya. Hii
Menyarung baju yang dibeli dari Limbong Art Cherating bulan lepas. Dah macam Otromen aku tengok baju ni. Haha
Aku perasan cik wife ni suka sangat makan benda manis sekarang. Dulu before kahwin memanjang minum air suam je. Laa ni satu mangkuk Baskin-Robbins dibalunnya..:-p
Selfie sikit sayang!
Sekitar jam 7 petang kami bergerak keluar dari AEON Rawang yang dah start padat dengan kereta pengunjung. On the way balik, ayah call ajak dinner sekali kat Biri-Biri Cafe @ Sungai Buaya. Sebuah restoran yang menghidangkan makanan Western dekat Sungai Buaya ni.
Walaupun aku ni dah lama duduk Sungai Buaya, tapi aku tak pernah datang makan sini. Ada pernah dengar dari kawan-kawan, tapi tu lah asal nak pergi try je mesti ada hal. Environment restoran ni memang pleasant and cozy, dengan ruang yang luas dan juga simple decoration yang sedap mata memandang. Huu
Along balik cuti Krismas hari tu, sekali dengan family dia..:-)
Haha, panjang dah rambut si Debot ni. Seronok betul makan budak ni Mashed Potatoes malam tu. Dah sampai nak pecah perut aku tengok. Huu
Dah macam baca newspaper pulak Ayah tu dok baca menu..:-)
Cannot brain betul macam mana aku boleh terfikir nak pakai baju tu..:-PGrilled Chicken Chop yang marvelous. For only RM 12.00. Sebenarnya banyak food diorang yang aku nak try, tapi tu lah kena beringat sikit. Baju pun dah tambah saiz. Haha
Okaylah guys, dah nak dekat pukul 12 ni. Nak kena pick up mem, after this nak shoot terus pergi wedding kat Puchong pulak. Untuk sesiapa yang nak try makan kat Biri-Biri Cafe @ Sungai Buaya ni, boleh klik link ni untuk survey dulu. Try lah, gerenti tak menyesal punya. Itu sahaja entri post aku pagi ni, semoga berjumpa lagi dilain entri.
P/S: Newcastle kalah dengan Liverpool 4-0 baru-baru ni. Kisah pulak aku. Haha
No comments:
Post a Comment