Sunday, December 23, 2018

Kisah AKU n Joe's Wedding @ Pengkalan Hulu

Assalamualaikum,

Okay, untuk entri ni didedikasikan kepada rakan kami, Zulkifly a.k.a Joe yang baru sahaja mendirikan rumahtangga Jumaat lepas. Semalam, aku berpeluang memenuhi undangan majlis persandingan belah lelaki di Pengkalan Hulu, Perak.
Dalam pukul 9.30 pagi, kami berempat bergerak dari Plaza Tol Sungai Buaya menuju ke Utara Perak with Dayat as our driver on duty. 
Trafik lancar sepanjang perjalanan, cuaca pun elok je redup. Tapi bapak lama lah nak sampai sana. Cramp bontot aku duduk kat belakang ni. Huu
Sekitar jam 1.45, kami selamat tiba di venue majlis. Majlis yang menyatukan Zulkifly dan Adila ni berlangsung di rumah keluarga lelaki yang terletak di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu.
Kami berempat je kenalan universiti yang datang meraikan hari penting si Joe ni. Mungkin faktor lokasi barangkali, yelah jauh gila. Dah nak dekat border Siam kot. Haha
Kalau ikut plan asal aku nak attend wedding ni dengan cik isteri, tapi dia tak sihat pulak. Aku hantar Ija kerumah mak dulu before ke Perak. At least takde keseorangan bini aku tu kat rumah..:-)
Menunggu turn nak amik gambar kenangan bersama pengantin.
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. FYI, diorang ni lama dah couple. Sejak zaman kami belajar kat UiTM lagi. Aku dok bertukar-tukar, bro ni tetap bersama dengan yang ni..:-p
Sambung amik gambar dekat luar rumah. Selfie satu kali guys!
Joe bersama rakan-rakan yang sanggup turun dari KL untuk meraikan majlis persandingan dia.
Macam mana kenal si Joe ni? Hah, ni lah bff aku dekat UiTM waktu kami menuntut Asasi Undang-Undang dan Sains Pentadbiran dekat UiTM. Teman sparring badminton, rakan sejawat SMF & SASea dan macam-macam lagi lah. Aku rasa bersepah jugak post yang brader ni ada dalam blog aku ni. Boleh lah, cari sendiri entri zaman muda aku dulu..:-p
Sekitar jam 3 petang, kami meminta izin hos majlis untuk beransur pulang. Adalah dapat bekalan lauk kenduri untuk bawa balik Rawang. Tengok gambar dah macam baru balik sembelih lembu korban. Haha
Pok Jad ketiduran. Sebab malam ni dia kena masuk kerja..:-)
Expected trafik sesak after R&R Sungai Perak. Biasalah musim cuti sekolah. 

Itu je lah cerita majlis persandingan rakan kami yang telah selamat dijayakan tadi. Apa-apapun tahniah sekali lagi kepada Joe dan Adila. Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta diberkati Allah. Amin In Sha Allah. 

P/S: Newcastle draw semalam dengan Fulham in a very boring game. Menyesal aku tengok. Pfft

No comments:

Post a Comment