Okay untuk second entry malam ni berkaitan majlis pertunangan my favourite uncle, Khairul Azhar atau nicknamenya Acu Keon pada tanggal 2 Disember 2018, Ahad di Kuala Selangor.
Seawal jam 11 pagi kami dah bergerak dari Rawang ke KS. Lalu jalan belakang Bukit Tagar, boleh tahan pantas jugak sampai. Tapi jalan memang melambung lah, dengan punya banyak lubangnya. Cuma benefit tak banyak kereta yang lalu je, tu yang elok clear je.
Berkumpul dekat Masjid Nurul Hasanah, Kampung Bukit Belimbing dulu untuk menunggu ahli-ahli keluarga lain yang join rombongan bertunang ni. Selain kami, ada family Acu Nani, Acik Joe dan Abg Sepon jugak.
Bawak sekali cik isteri. Boleh berkenal-kenal sikit dengan family cik abang ni. Aku ni tengah dok pikior camna nak berkenalan dengan sedara mara dia pulak..:-p
Amboi, si Debot marah apa tu. Asyik nak mengamuk je tadi. Huu
Manis je dulang boy berdua ni..:-)
Sekitar jam 12.30 tengahari, majlis pertunangan dimulakan dengan bacaan doa oleh pihak keluarga Kak Azlin. Ramai jugak kaum kerabat yang hadir from family diorang. Penuh jugak rumah tadi, teringat pulak time aku bertunang tahun lepas - family aku dan family Ija je. Hee
Perbincangan dimulakan dengan Ayah mewakili Acu Keon. Aku pun sibuk nak enter-frame tu. Haha
Sesi menyarung cincin oleh Opah kepada Kak Azlin diatas pelamin yang serba putih ungu, kena dengan tema majlis tadi.
Opah diapit pasangan yang baru sahaja selamat ditunangkan..:-)
Huu, senyum lebar pengantin baru ni. Dah macam iklan Colgate pulak.
Belum boleh rapat-rapat lagi Keon, bak kata Ayah baru dapat lesen L ni..:-p
Terbaik boskur.. Haha, cam cibai,
Keluarga pihak lelaki bergambar bersama Kak Azlin berserta dulang-dulang hantaran yang dibawa.
Kami dihidangkan dengan juadah lauk pauk yang disediakan before pulang ke Rawang. Bila fikir balik dah macam majlis nikah pulak tadi. Meriahnya lain macam. Bukan apa, sebab aku dulu simple je penuh kesederhanaan. Huhu
Balik ke Rawang dalam pukul 2.30 petang, lalu jalan yang sama. Hujan lebat membasahi bumi shortly after we exited from Bukit Tagar sampailah ke depan rumah. Rombongan kami semua lepak di rumah Ayah dulu before pulang kerumah masing-masing. Ada post mortem katanya. Haha. Macam-macam betul..:-p
Jadi itu sahajalah cerita dua entri malam ni. Tahniah kepada Acu Keon atas pertunangan yang diikat. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin In Sha Allah. Okaylah, nak kena masuk tidur ni. Esok nak kena monitor empat ORT. Wish me luck guys!
P/S: Layan pulak main FIFA2006 ni. Game 12 tahun lepas. Haha
No comments:
Post a Comment