Saturday, December 1, 2018

Kisah AKU n Happy Birthday 2018

Assalamualaikum,

Sorry, lambat sikit update. Biasalah setelah hampir seminggu bercuti, banyak kerja nak kena catch up dekat office. Alright, awal pagi ni aku nak update pasal entri penting untuk owner blog ni..:-)
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2018 ialah hari ulangtahun aku yang ke 26. Haha, empat tahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by mak (5 pagi), ayah (6 pagi) dan along (7 pagi). Adik macam biasalah ingat aku bila perlu je. Cb sungguh. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje (Afiq, Dolah), followed by Bersatu Kita Warga UiTM (Joe, Yat, Helmy, Pok Jad) dan Penyet Deq (Chey, Paan, Ijat J, Syawal, Aizat). Thank you semua!
Celebration tahun ni memang agak bermakna dan juga lain dari yang lain. Why? Huu, dok tanya lagi. Mestilah lain. Tahun ni celebrate dengan cik isteri tersayang. Hii. Petang Isnin tu kami cabut awal sikit dari Bukit Jalil, plannya nak menyambut hari jadi aku di Rawang. Balik rumah dulu tukar seluar, boleh koyak pulak kat bontot time nak balik tu. Tak memasal je.
Kami tiba di AEON Rawang sekitar jam 8.45 malam. Since masing-masing pun kelaparan, we decided to makan dinner dulu before meneruskan aktiviti malam tu. Mee Tarik Warisan Asli menjadi pilihan birthday boy pada hari tu. Ni favourite aku tau, dulu time kerja dekat Batu Caves selalu jugak makan Mee Tarik ni..:-)
Thank you to my beautiful wife yang belanja makan. Love you babe! *flying kisses
Aktiviti seterusnya ialah melayan movie. Eh, bukan kau jenis layan Star Wars je kat panggung wayang? Tengok cerita apa pulak tu?
Huu. Tengok cerita Bohemian Rhapsody ni. Sebagai seorang peminat Queen, ni merupakan cerita wajib tonton tau. Basically, movie ni mengangkat hidup seorang frontmen teragung dalam dunia muzik, Freddie Mercury yang merupakan Lead bagi kumpulan Rock British, Queen. Senang cerita dalam ni ada terkandung story pasal penubuhan Queen dan juga lagu-lagu terkenal mereka and of course the famous song of all time - Bohemian Rhapsody yang dicipta sendiri oleh Freddie.
Verdict? A very powerful movie. Aku tak sabar nak tunggu Blu Ray copy, nak repeat tengok balik. Memang sebuah biopic movie yang mantap. Lakonan Rami Malek as Mercury memang menjadi, especially time konsert Live Aid. Sebijik beb dengan yang real punya! Closing the credit ialah sebuah lagi lagu hits yang dicipta oleh Freddie, Don't Stop Me Now dan juga to make it touched, lagu terakhir yang dinyanyikan beliau setahun before his death, The Show Must Go On. Sobs
Okay, dah tu sedih-sedih. Now kita pergi ke upacara membuka birthday gift yang dihadiahkan cik isteri. Huu. Dapat Portable Karok Mic tu. Haha. Thank you dear, ni kira macam signal tak bagi pergi karok kat luar lagi ke? :-P
Selfie bersama wife yang tersayang. Seronoknya malam tu. Macam-macam benda dapat. Makan Mee Tarik, tengok Queen, dapat Mic and yang paling penting, you..:-)

So, 26. Apa je achievement since last birthday? Alhamdulillah, ada kerja stabil. Myvinium Falcon pun dah 4 tahun dengan aku. Rumah dalam proses renew loan after some good news from the State Govt after PRU14. Latest highlight dalam hidup aku sepanjang 26 tahun hidup ni sudah tentunya perkahwinan aku bersama Ija awal November 2018 which bring me to a new era in my life as a married man. Doakan semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang wish di WhatsApp, FB etc. yang mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment