Petang terakhir tahun 2018 guys! Huhu. Tak sangka dah nak masuk tahun baru dan tentunya banyak kenangan manis yang aku nak kongsikan dengan korang dalam satu entri wajib akhir tahun seperti tahun-tahun sebelumnya. Tapi, tunggu dulu. I have my second last entry untuk tahun 2018 ni dan ianya berkisar tentang sebuah wedding yang aku dan isteri attend semalam. To be exact, the final wedding invitation bagi tahun 2018 ini.
Semalam aku dan isteri berpeluang menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara kami di Puchong. Kebetulan Ija kerja semalam, memang ngam sangatlah sebab Puchong dengan Bukit Jalil tak jauh mana pun. Aku pulak macam biasalah, bila wife kerja Sabtu memang office lah tempat aku bertapa. Haha
Majlis yang menyatukan Fateen dan Muammirul ni berlangsung di A-Park @ Pulau Meranti, Puchong. Ianya merupakan sebuah taman yang dibina khas bagi majlis outdoor khususnya wedding, family day, family reunion, teambuilding dan sebagainya.
Belum makan lagi dah dapat doorgift..Huu
Family Ija yang lain pun ada datang jugak. Mak abah, Abg Baim, Dik Asma dan juga family Zed. Diorang semua gerak dari Seremban.
Selfie jangan dilupakan, sedangkan on the way dari Bukit Jalil tak bercakap tu. Haha
Dah agak cik isteri ni, menyambung makan cendol lagi. Huhu
Sedikit gambar pemandangan di A-Park @ Pulau Meranti, Puchong. Memang cantik tempat ni.
Since tempat ni pun berkonsepkan taman, memang banyak port photoshoot yang cantik-cantik. Contohnya macam kat titi ni, ditambah pulak dengan model yang cun macam my wife ni. Huhu
Cik isteri bersama adik bongsu, Asma. Baru habis UPSR budak ni, tapi tak jauh beza pun tinggi dengan akak dia tu..:-p
Bergambar kenangan bersama wife tercinta. Love you so much cik Accountant..:-)
Balik ke car park naik buggy beb! Huhu. Since parking agak jauh sikit dengan dewan majlis. Kami meninggalkan Puchong jam 3 petang, sampai rumah tepat jam 4. Malam memang tak buat apa pun, sebab hari ni aku sambung cuti sampai New Year esok. Huhu
Selingan sikit, semalam tanggal 30 Disember 2018. Aku dengan berat hati menamatkan khidmat beg kerja yang telah empat tahun menabur bakti bersamaku sejak November 2014 lagi. Berapa kali aku bertukar company (Trueventus, Capsource, Malpro, Quatriz) dia ni masih setia dengan aku lagi. Reason aku decommissioned beg ni sebab condition dah uzur sangat. Plastic lining putih tu sampai dah tercabut, kat dalam tak payah ceritalah poket habis berbulu-bulu jadinya. Thank you very much for your service, my friend. You will be missed..:-)
Apa-apapun selamat pengantin baru buat Fateen dan pasangannya, Muammirul. Semoga perkahwinan yang dibina diberkatiNya, dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.
P/S: Newcastle draw semalam against Watford. Takpelah, takde luck nak menang. Sobs
No comments:
Post a Comment