Tuesday, December 11, 2018

Kisah AKU n Outstation @ Johor Bahru

Assalamualaikum,

Malam ni nak story sikit pengalaman aku outstation di Johor Bahru semalam. Walaupun aku ni dulu Business Development, tapi boleh katakan sepanjang dua tahun setengah berkhidmat tu tak pernah lagi outstation keluar dari Lembah Klang. Tapi bila transferred ke Fitment Center Operation ni kerap jugak keluar office. Bukan setakat ORT, site visit kat KL je. Yang paling latest ni sampai ke JB perginya. Haa
Seawal jam 4.15 pagi Isnin lagi aku dah bergerak dari Bukit Jalil menuju ke negeri yang terletak di Selatan Malaysia ni. Pemanduan jauh sorang-sorang ni tipulah kalau tak mengantuk. Solutionnya? Berhenti kat R&R Seremban, beli Nescafe Ori dua tin. Then drive sambil layan lagu Queen. Huhu
Singgah Lay-By Simpang Renggam sekitar jam 6.45 pagi untuk solat Subuh dan rehatkan Myvi aku for a while. Alang-alang tu pekena Teh Tarik panas kat sini..:-)
Trafik sesak dari Exit Kulai menuju ke Exit Senai Utara menambah masa perjalanan hampir sejam. One of the worst traffic accident yang pernah aku tengok. Sebuah truk melintang mengakibatkan kemalangan hampir 8 buah kereta. Trafik sesak hampir 5KM bagi kedua-dua arah. Sudahnya pukul 8.30 pagi baru aku sampai ke destinasi ORT pertama di Gelang Patah.
Business trip aku kali ni merupakan a part of our Fitment Center expansion di Johor. As a person in-charge untuk site acquisition, it's my duty untuk make sure all site yang kami nak buka ni well prepared and ready to receive customer. Venue ORT pertama di Success Maintenance & Services Gelang Patah. Since aku sampai pun quite awal, dapatlah power nap dulu. Nak menunggu Touch n Go dan Delloyd bukan main lama lagi, itupun nasib baik sebab aku dah warning pasal accident pagi tadi. Kalau tak tahulah jam berapa diorang sampai.
ORT biasanya mengambil masa less than one hour, depending on the complexity of the site. If semua okay and takde isu, kadang-kadang setengah jam dah settle. Our next ORT ialah di Pit Stop Auto Care Taman Indah. 
Destinasi seterusnya di Hawk Tyre Setia Tropika. Kawasan ni quite baru jugak, developed by SP Setia.
Team kami berhenti rehat untuk solat dan lunch dekat area Kampung Melayu Majidee. Ooo, terlupa pulak nak introduce, biasanya ORT ni melibatkan at least sorang personnel each from Touch n Go, Quatriz dan juga business partner. Dalam kes JB ni, Delloyd Industries is our partner.
Sekitar jam 2.30 petang, kami meneruskan ORT di JJB Auto Care berhampiran CIQ. Ni rasanya bakal jadi hot-spot FC jugak nanti, considering lokasinya yang quite strategic to cater both local and Singaporeans.
Dan yang terakhir sekali ialah Hawk Tyre Desa Tebrau. Saja aku susun site ni last sebab dekat dengan highway. Maklumlah, aku kan balik hari senang sikit nak balik KL. Yang diorang ni stay kat JB lagi.
Syahril from Touch n Go sedang khusyuk membuat penilaian site. Penilaian megambil kira suitability, internet connectivity, appearance, signage dan juga resources.
Aku pun tak lepaskan peluang jugak membuat site evaluation on behalf of Quatriz..:-)
Sekitar jam 5 petang, ORT kami tamat dengan jayanya with all five sites passed the test and ready to go-live dalam masa terdekat ni. Bukan main happy lagi brader tu. Yang aku ni kelat sikit sebab nak drive balik KL. Haha
Exit dari Plaza Tol Skudai sekitar jam 5.30 petang. Singgah R&R Ayer Keroh untuk solat Jamak dan refill minyak. Sampai TPM ngam-ngam pukul 8.45 malam. Lemau beb! Tak pernah dibuat aku pergi JB balik hari. Berapa jam tu mata tak tidur. Tapi relaxlah, dah biasa kot tak cukup tidur. Huhu
Walaupun hari ni cuti, tapi aku tidur office semalam. Sebabnya wife aku kerja. Dari ulang alik, baik aku lepak sini je buat kerja pending.
Pagi tadi kat office tak buat apa pun. Tidur, main FIFA 2006, makan. Repeat. Huhu
Tadi pulak melayan Malaysia lawan Vietnam. Walaupun Stadium tu kalau ikutkan boleh je nak jalan kaki, tapi apa boleh buat tiket takde. Sudahnya live streaming je lah. Okaylah draw 2-2..:-)

That's the wrap untuk entry malam ni. Memang penat tapi seronoklah pergi tengok negeri orang. Huhu. Khamis ni aku kesana lagi, tapi this time dengan team pulak. Naik kereta company lah pulak, kesian Myvi aku tu takde rehat, 700km tu!

P/S: Newcastle kalah lagi. Kali ni dengan Wolves pulak. Haish, apa lah nasib bolos last minute..:-(

No comments:

Post a Comment