Assalamualaikum,
Hari ni merupakan hari ketiga kita beraya didalam bulan Syawal yang mulia ini. Aku dan adik telahpun selamat sampai di Sungai Buaya tepat jam 10 malam tadi. Tak payah cerita lah letihnya macam mana, jem aje jalan time raya ni. Menutupi diari raya, suka aku nak share last entri untuk Syawal 2017 ini dan ianya meliputi aktiviti yang kami sekeluarga buat sepanjang hari kedua dan ketiga disini.
Pagi raya kedua aku dikejutkan dengan budak-budak ni. Main menjerit-jerit tak ingat dunia, padahal main Lego je pun. Haha
Haha. Baby tua..:-p
Sekitar jam 12, family Acik Joe dan Acik Man berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Ada lah amik gambar buat kenangan raya tahun ni.
Lepas Zuhur kami sekeluarga bersiap untuk menziarahi sanak saudara sebelah ayah di Parit dan juga rumah Opah Yan di Gelung Pepuyu. Sebelum tu dicabar pasang kereta Lego ni dari scratch. Huu
Snap gambar seround dua. Kalau tak bergambar tak lengkaplah raya gua. Huu
Destinasi pertama - rumah estet Opah Yan. Seronok kat sini - ada tasik, ladang, kandang kambing..:-)
Tak seperti tahun sebelumnya, kami dua keluarga bersama Opah je yang datang melawat. Lama jugak kami kat sini semalam. Macam biasalah bersembang perkembangan semasa. Tapi tu lah, yang dok viral kat internet kata common pop quiz makcik-makcik tang bila nak kahwin tu. Yang aku ni takde pun dapat, tanya cuti berapa lama tu banyaklah. Haha
Alang-alang dah sampai Parit ni kenalah try Mee Hailam Parit. Walaupun our favourite D'Perak tak buka operasi, but still ada satu dua port Hailam yang power kat sini. Salah satunya terletak dekat Medan Selera tepi Sungai Perak ni.
We split from the main convoy and make our way to Parit. Bersembang tanya khabar setelah hampir setahun tak berjumpa. Ada ke sembang pasal highway. Haha, jadilah buat modal bersembang. Kalau tak kriik-krik je..:-p
Singgah Pekan Parit cari bunga api untuk sepupu yang kempunan nak main. Serius muka kesian gila bila stok bunga api habis time malam raya hari tu. HahaAlang-alang dah sampai Parit ni kenalah try Mee Hailam Parit. Walaupun our favourite D'Perak tak buka operasi, but still ada satu dua port Hailam yang power kat sini. Salah satunya terletak dekat Medan Selera tepi Sungai Perak ni.
Menyambung buat Lego. Struggle siaa..:-p
Haa! Siap pun. Nak buat benda ni pun boleh makan masa sejam. Haha
Hari raya ketiga tak pergi mana pun. Banyak tidur je since petangnya nak drive balik, kumpul energy dulu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tradisi BBQ malam ni diteruskan jugak tanpa kami berdua. Huu. Sekitar jam 5.30 petang, aku dan adik bergerak dari Bota Kanan menuju pulang ke Sungai Buaya.
Lalu jalan lama KL-Ipoh via Seri Iskandar then exit highway dekat Tapah. Rasanya route ni okay sikit since jalan lama jem sampai ke Slim River. Orang malas nak bayar tol, tu yang ada sanggup meredah jugak. Haha
Masuk PLUS dari Plaza Tol Tapah, ada sesak sikit je. Lepas Sungkai jalan okay dah. Kami sampai Bukit Beruntung sekitar jam 9.30 malam. Singgah dinner kat Salam Sentosa before heading back to Sungai Buaya.
Dengan berakhirnya entri malam ni, maka Diari Raya aku dikampung untuk tahun 2017 ini ditutup dengan rasminya. Tahun ni tak dapat "duit minyak" pun. Hee. Baiklah, a very thank you for those yang sudi singgah dan membaca ye. Akhir kata - jika ada tersalah cakap or ada pendapat dalam blog ni yang menyinggung perasaan korang, ataupun ada yang komen tapi aku tak response. Aku dengan rendah dirinya ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas salah dan silap. Kita ni semua manusia biasa dan tak akan pernah dapat lari dari khilaf. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!
No comments:
Post a Comment