Saturday, June 17, 2017

Kisah AKU n Ramadhan 2017: Day 21

Assalamualaikum,

Hujan pulak petang ni, memang 2-3 hari ni cuaca agak redup dan sejuk. Okay lah, simple entri sebelum aku nak tidur ni. Maklumlah, malam ni aku nak memenuhi undangan iftar bersama rakan-rakan seperjuangan di Sungai Buaya ni. Since plannya start dari pukul 6 petang membawa ke 4 pagi esok, eloklah kalau tidur siap-siap..:-)
Minggu ni kerja 4 hari je since hari Isnin tu cuti Nuzul Quran. Banyak spend time luar pejabat - pergi Bukit Jalil, meeting dekat SSM, Touch n' Go. Ingatkan dah nak raya ada lah relaks sikit, rupa-rupanya lagi sibuk schedule aku ni! Minggu depan lagi lah, setiap hari full dengan meeting.
"Kisah AKU n Dear Exes" was a hit this week. Jarang aku reach engagement sebanyak tu dalam seminggu. Kalau tengok entri lain tu nak reach 50 view pun tak sampai dalam masa 5 hari. Nak kata share kat FB takdelah pulak, ke ada orang yang illegally share ni??
Hehe, sampai jugak baju Star Wars aku ni. Walaupun ada Imperial Stormtroopers badge kat situ, tapi hati tetap dengan Rebel Alliance..:-p
Beli baju dapat free gift keychain Millenium Falcon ni. Huu, best-best. Kalau korang nak tau, Falcon ni spaceship Han Solo. Baru betul ada memorabilia one of the famous Rebellion General ni. Sekarang ni aku tengah dok mencari model X-Wing Fighter pulak, boleh letak kat meja ofis. Huu
Anda mahu duit raya?? Silalah datang beraya ke rumah nanti. 
Khamis - Queue almost 40 minit kat drive-thru KFC Nilai. Pishang..:-p
Betul tu, Khamis aku ke Nilai. Adik dah habis final exam, so siapa lagi yang menggalas tugas nak pick up budak ni.
Escort bro Faris ke rumah Acu Nani yang terletak di Desa Kasia, tak jauh dari USIM tu. Seperti kebiasaannya bila cuti semester panjang, kami akan hantar motor adik kesini. Tu yang alang-alang dah datang bawaklah KFC sekotak dua, takdelah berlenggang je datang rumah makcik..:-)
Ni semalam - memang lahanat betul jalan sesak gila. Bayangkanlah aku keluar dari TPM Bukit Jalil pukul 4.30 petang. Nak tau sampai rumah pukul berapa? 7.30! 3 jam beb! Accidents almost everywhere, dekat Sungai Besi ada, kat Mahameru pun ada, pastu bersambung lagi dekat Jalan Duta. Tak cukup dengan tu Sungai Buloh pun accident. Sudahnya lepas berbuka memang terlelap terus, tahu-tahu dah pukul 1 pagi..:-p

Okay lah, nak beradu sekejap. Pukul 6 petang ni kami bertiga nak gerak ke Shah Alam dah. Yang cerita iftar malam ni lain entri lah ye. Berjumpa kita di lain entri, till then take care semua dan selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment