Assalamualaikum,
Eh, awal update blog hari ni? Tak kerja ke bro. Mana ada, schedule pack minggu ni beb! Hari-hari ada meeting, gila tak datang office. Karang tak pasal-pasal kena discplinary action pulak. Meeting hari ni petang, so pagi ni free sikit. Ermm, saja nak share aktiviti aku dengan Bro Afiq semalam.
Semalam nak dijadikan cerita, aku baru je lepas beli juadah berbuka since family takde kat rumah. Tengah sedap membelasah Mackems ni tiba-tiba dikejutkan dengan satu message dari Afiq.
Afiq: "Oit, malam ni free tak?"
Aku: "Takde pergi mana pun bro, pisang beb kat rumah sorang-sorang. Apasal, kau nak lepak ke?"
Afiq: "Follow aku Jalan TAR, aku amik lepas Terawih. Nak?
Aku: "Okay bro, no problem.."
Around 9.45, bro ni dah terpacak depan rumah. Aku tukar baju then kami terus bergerak ke Kuala Lumpur. Dolah tak dapat join, since ada BBQ session dengan kawan-kawan Felda dia.
Well, ini lah Jalan Tunku Abdul Rahman. Formerly known as Batu Road, ianya merupakan antara tarikan terpenting yang ada dekat Kuala Lumpur ni dan famous dengan night marketnya. When it comes to bulan Ramadhan, Jalan TAR ni merupakan jalan yang paling sibuk sekali dengan reputasinya sebagai pusat membeli belah yang tersohor di Malaysia ini bagi persiapan menyambut Aidilfitri. Personally aku dah lama tak shopping kat sini, rasanya last waktu Form 5 kot..:-)
Haa, this guy selalu datang shopping + cuci mata kat Jalan TAR ni. Tahun ni katanya nak bawak aku join untuk rasa suasana menyambut raya kat sini.
Bapak serabai rambut..:-p
Si Afiq ni ada beberapa barang nak cari kat sini. Aku pulak mostly memang tak berniat nak beli apa-apa. Honestly, tahun ni persiapan raya aku memang minimal. Baju Melayu pakai tahun lepas (Royal Blue yang time kakak aku kahwin), kemeja memang ada sepasang dua yang aku baru beli before Ramadhan so tak berniat nak tambah lagi. Kasut? No thanks. Tapi alang-alang dah sampai, ada satu benda penting yang aku nak kena cari jugak.
Tadaa! Shade yang menjadi tradisi profile picture Raya aku. Haha. Tahun lepas punya patah pulak, semua gara-gara buku servis Perodua..:-p
Tengah syok berjalan tiba-tiba ternampak cam ada shooting. Rupa-rupanya Azhar Sulaiman tengah buat marketing Baju Melayu kat sini..:-)Tengok lah betapa sesaknya Jalan TAR ni semalam. Yang peliknya, it's Sunday night peeps! You guys tak kerja ke esok? Haha
Selfie seround before meninggalkan jalan yang masih meriah ni walaupun jarum jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam.
Sempatlah bayar Zakat Fitrah. Semoga zakat yang telah dibayar ini dapat menampung segala kekurangan dan kelemahan aku didalam menjalani ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini. Amin Ya Rabbal Al Amin.
Menunggu bro ni gunting rambut dekat Kampung Baru. Kena jaga kereta, karang tak pasal kena bayar illegal parking pulak.
1AM - Singgah bersahur awal di McDonald's Rawang before heading to Sungai Buaya. Tak boleh lepak lama-lama since both of us kerja pagi. Tapi takpelah, dah sahur awal boleh tidur terus je sampai pukul 7. Hihi
Itu lah cerita Ramadhan ke-23 aku bersama one of my bro. Memang seronok dapat merasai suasana happening di Jalan TAR semalam oleh my fellow Malaysians didalam persiapan mereka menyambut Aidilfitri. Betul tu, ada orang prefer shopping kat mall yang lebih selesa dengan aircond, proper facilities but then, still ada most of us yang sukakan the thrill of berhimpit, berpanas, bargaining but at the end - it's the fun and joy of having such experience yang membuatkan kita lagi mengenali diantara satu sama lain.
P/S: Kalau ditanya, dua-dua ada keistimewaan tersendiri. Tapi kalau minta dipilih, I prefer mall. Haha
No comments:
Post a Comment