Sunday, June 18, 2017

Kisah AKU n Iftar @ AEON D'Kayangan

Assalamualaikum,

Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun. Tapi apa-apapun Subuh gua tak tinggal okay. Huu. Alright, seperti yang dijanjikan di tengah hari yang redup ni aku nak berkongsi cerita iftar kami bertiga semalam. Plannya dari awal Ramadhan lagi, then Khamis lepas kami sit down again untuk detailkan list of activities kami malam tersebut. Haha, planning macam nak pergi perang.
Outfit Of The Night - Simple Star Wars Imperial Stormtroopers grey-shirt, with slack hitam.
Seawal jam 6 petang lagi Afiq pickup kami then terus menuju ke our destination - Shah Alam. The plan is to berbuka puasa di Fuel Shack AEON D'Kayangan, leave the mall around 9.30 and move to our next destination at Space U8 where kami akan berkarok dan layan movie. Lepas tu, bergerak ke PJ untuk scout store Domino Jalan Gasing and finally return to Rawang for a Sahur session around 4 pagi. Haa, tengok plan tu. Bukan main terperinci lagi..:-p
Azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa untuk hari ke 22 bagi tahun ini. Even yang nak buka puasa kat AEON ni pun ada micro plannya jugak..:-p
A brief iftar with Nescafe dan roti Le Bohemia dulu. Solat Maghrib berjemaah and then proceed to our main course of the evening.
Bro ni teringin nak makan Fuel Shack. Layankan je lah. Haha
Muka sabar menanti hidangan.
Ohh yeah! Original Shacks set yang berharga RM 17.50. Memang padu patty dalam tu. Kira berbaloi lah makan kat sini semalam..:-)
10PM -We arrived at Space U8. Beli siap-siap tiket for a midnight movie dulu before moving to our next activity.
Since movie start pukul 12.40, so kami meluangkan masa dengan berkarok selama 2 jam setengah di Highway Karaoke ni. Our favourite port bila nak melampiaskan nafsu menyanyi ni. Haha
Semalam banyak lagu slow je. Mungkin sebab semua kekenyangan, semput tak larat nak bawak lagu tinggi..:-P
Gua semalam nyanyi lagu keagamaan je. Hihi
Haa, lagu raya ni memang jadi kemestian lah. Still pelik, kenapa lagu SLAM - Suasana Hari Raya takde. Ni boleh mendatangkan amarah.:-p
12.40AM - Show Time! Haha, kami tengok Wonder Woman semalam. Ingat nak layan The Mummy, tapi Afiq dah tengok dulu. Cibai.
Memang baik movie ni. It's good to combine some history dalam movie. Ada a lil bit story pasal mythology Greek, main ceritanya bertemakan The Great War in which character yang ada was based on real-life figure zaman tu - General Erich Ludendorff, Field Marshal Von Hindenburg. Some real events seperti Armistice Day dan penggunaan chemical weapon (Mustard Gas) dalam trench warfare di Western Front.  Gal Gadot is simply stunning and well of course, there's a lot of boobs dalam movie ni. Hahaha
As being expected, movie habis around 3AM. We made our way to Petaling Jaya untuk recon store Domino kat Jalan Gasing. Afiq kata lepas raya dia kena transfer kat branch PJ ni. So, semalam kami tengok jalan sambil cari bilik sewa untuk bro ni. Yelah, kalau nak berulang masak jugak lah lalu Federal Highway tu..:-)
4AM - Singgah D'Corner Rawang untuk sahur. Sekejap je lepak sini, singgah makan lepas tu terus balik ke Sungai Buaya since Dolah ada urusan pagi tu. Katanya dia and kawan-kawan Felda ada buat BBQ malam ni. So, diorang nak pergi beli barang-barang mentah.
Muka mengantuk, sedangkan dah tidur petang semalam. 

Well, it's a wrap. 100% success semalam. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut schedule. Cuma kalau ikut plan awal puasa dulu nak ke Jalan TAR, tapi tu optional. Bila fikirkan balik, memang bagus ada kawan-kawan yang macam ni. Tak ramai, tapi bila plan semua jadi. Daripada buat group WhatsApp berbelas-belas orang tapi habuk pun takde. I must say kami bertiga kalau plan for something, In Sha Allah jarang yang fail. Tengoklah - Pangkor, Port Dickson, Melaka, Krabi, Phuket, Hadyai. Tu belum campur plan-plan kecik lagi. More to come Bros!

P/S: Penuh sia schedule meeting aku minggu depan..:-P

No comments:

Post a Comment