Monday, June 26, 2017

Kisah AKU n Syawal 2017 - Day 1

Assalamualaikum,

Tanggal 25 Jun 2016, umat Islam telah meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan kini sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja belayar ini tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan ini.
Hehe. Macam biasalah, snap gambar seround dua before ke masjid. Kawan-kawan sebaya ramai yang dah beraya berdua tahun ni, yang aku ni berpasangan dengan Blueniey je lah ye..:-)
Seawal jam 8.30 pagi lagi kami dah tiba di Masjid Jamek Bota Kanan bagi menunaikan ibadah solat sunat Aidilfitri.
Usai sembahyang raya, aku meneruskan sesi fotografi bersama-sama keluarga yang balik raya pada tahun ini. 
En. Gani with his anak-anak teruna yang elok-elok semuanya. Haha
Mak ayah tercinta..:-)
Ada 3 keluarga yang ada bagi menyambut pagi raya semalam. Family kami, Acik Joe dan juga Acu Nani.
Selfie satu kali!
Bergambar di port biasa setiap tahun - Tangga Merah. Dia punya hipster tu, lain macam..:-p
Tahun ni kami raya berempat je. Along ikut suami dia beraya kat Johor.
Ni gambar dia share semalam..:-)
Sesi pengagihan duit raya kepada yang berkenaan. Hihi
Haa, yang ni wajib lah. Sesi pengakuan dosa-dosa lampau dan bermaaf-maafan. Harapnya minta restu tahun depan raya berdua lah ye. Asyik failed je, kot lah sumpah mak tak lepas lagi kot. Haha
Melantak lemang jagung baik punya!
Sekitar jam 12 tengah hari, tetamu mula berkunjung ke rumah Opah.
Dan berlarutan sampailah ke pukul 6 petang. Nasib baik tahun ni ramai sikit yang balik, bolehlah cover mana yang patut.
What a small world. Tak sangka pulak si Ammar ni sebenarnya jiran sebelah kampung aku selama ni. Untuk sesiapa yang tak tahu, Ammar ni anak buah my boss, Pn. Zihan dan pernah berpraktikal kat Quatriz dulu..:-)
Petang pulak 3 lagi keluarga balik - yang pertama Acik Fendi, diikuti Acik Man dan juga Acu Keon.
Malam pulak tak buat apa pun. Just tengok sepupu main bunga api. Kali ni up sikit diorang main mercun naga.
Hehe. Jedi wannabe..:-p
Dalam jam 9, aku dan beberapa orang pakcik ke Seri Iskandar untuk sesi mengeteh. Singgah Tesco sekejap cari barang.
Yang aku ni cari benda ni. Dah lama beb gua selongkar video game stall tak jumpa-jumpa. Laa ni jumpa jugak kat sini. Tak sabar nak install ni. Huu

Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2017 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Quatriz, AlloyMtd dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

No comments:

Post a Comment