Assalamualaikum,
Sekejap je dah masuk hari kelapan kita berpuasa tahun ni. Walaupun minggu ni memang terasa lama dekat pejabat. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku berpuasa di AlloyMtd. So, memang terasa lain dengan pengalaman berpuasa di Malpro tahun lepas. Apa yang lain? Jom lah baca sikit..:-)
Okay, ni yang pertama. Kalau dulu lepas sahur boleh tidur since rumah dengan office 15 minit masa perjalanan je. 8.30 masuk, pukul 8 baru aku gerak. Tahun ni jarak office dengan rumah mau sejam. Buat pulak time puasa ni regulation HQ kena masuk 8.15 . Sudahnya lepas sahur aku terus mandi, 6.30 pagi dah keluar rumah. Sampai basement parking around 7.10, rendahkan seat then tidur. Haha
Ni yang kedua. Dulu tak busy sangat kat office, memang goyang kaki tengok movie je. Kalau ada kerja pun setakat dispatch dokumen, buat courtesy call je. Tahun ni memang lain, almost everyday busy. Buat pulak minggu ni ada satu tender yang kami dah submit semalam. Memang kena mobile jugak aku between HQ dengan TPM office.
Sesi pengagihan kurma dari wakil AlloyMtd di TPM office..:-)
Okay lah dapat sekotak. Dari tahun lepas tak dapat apa langsung. Huu
Yang keempat waktu balik. Kat Malpro dulu balik pukul 5 petang, memang sempat sangat nak singgah bazaar tapau roti jala. Huu. Kat sini pulak 4.30 dah boleh keluar, tapi korang tengok lah MRR2 ni. Bukan kat jalan je, nak turun lift pun padat. Sudahnya aku keluar office pukul 5.30 jugak. Serupa tak payah datang awal..:-p
Macam bodo je gambar ni. #DoneAsar. Haha
Balik 5.30 ni jalan tak lah sesak mana. Habis-habis sesak pun dekat Tol Batu DUKE dengan Duta je. Lepas tu clear dah. Normally, before 6.30 tu aku selamat sampai rumah. Hat ni pun beza jugak. Tahun lepas santai je balik rumah, yang ni kalau takde sumpah seranah tak dan. Haha
Alhamdulillah, setakat ni Terawih cuma missed hari Rabu lepas je. Itu pun sebab kena amik adik kat USIM. Pukul 6.30 petang baru gerak dari Nilai, memang pisang lah kat Sungai Besi tu. Nasib baik dah drive thru KFC siap-siap..:-p
Haa ni cam shit. Khamis lepas aku ke TPM buat tender PROLINTAS tu. Bila buat tender ni kadang-kadang boleh leka sampai tak sedar benda sekeliling kita. Habis je wrap dokumen tu aku tengok jam dah pukul 6.50 petang. Memang konfirm berbuka dalam kereta, kebetulan ada air mineral. Jadilah buat mengisi tekak yang dahaga. Huu
Semalam aku dan Afiq melawat si Wak Dol kat Shah Alam, sempatlah bersahur awal dengan diorang ni. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami memang ada plan iftar, cuma jadi ke tak tu belakang cerita. Tentatively, dengan bro-bro ni minggu ketiga Ramadhan (17/6), minggu depan (10/6) In Sha Allah kalau bro-bro Shah Alam tu ada aku ingat nak melawat. Petang ni pulak aku nak beriftar dengan keluarga. If everything is according to plan, perfectlah setiap minggu ada pengisian program. Huu
Okay lah, cukuplah cerita untuk entri kali ni. Nak tengok Star Wars jap. Selamat berpuasa dan In Sha Allah semoga berjumpa lagi di lain entri. Till then, take care semua!
No comments:
Post a Comment