Sunday, May 28, 2017

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2017

Assalamualaikum,

Semalam, tanggal 27 May 2016 merupakan hari pertama umat Islam menyambut Ramadhan bagi tahun ini. Dikesempatan ini suka aku ingin mengucapkan selamat datang aku kepada bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh Muslimin dan Muslimat sekalian alam yang menjadi medan untuk beribadah dengan penuh syukur dan tawadhuk kepadaNya.
Hehe. Apa-apapun let's start dengan cerita minggu lepas. A normal working week at the office..:-)
Okay berbalik kepada main story untuk hari ini. Untuk Ramadhan 2017, Alhamdulillah aku berada didalam keadaan yang sihat walafiat, cuma ada ulser sikit kat mulut ni. Nevermind that, sikit je tu. Bersyukur jugak kerana masih lagi didalam workforce since 2015. Ini merupakan Ramadhan ketiga aku sebagai seorang yang berkerjaya tetap. In Sha Allah, aku berharap dan berdoa agar tiada masalah yang timbul sepanjang tempoh ini..:-)
Hari pertama Ramadhan kali ini disambut bersama keluarga, Along dengan Syazwan pun balik. Except adik since dia tengah study week, Rabu minggu depan baru balik rasanya. Bolehlah beriftar sama-sama minggu depan. Ingat nak bawa makan kat Mohd Chan lagi. Huu
Baiklah, mengulungi entri malam ini, ingin aku ucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung-pengunjung DiariMcbride untuk tahun 2017 ini. Semoga Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment