Tuesday, May 2, 2017

Kisah AKU n 2 Mei 2017

Assalamualaikum,

2 Mei. Satu tarikh keramat yang sentiasa diraikan sepanjang tahun dalam blog ni.
Yes, betul tu. Today marked the 7th anniversary of my beloved diarimcbride. Happy birthday my dear!
Personal blog yang diasaskan pada 2 Mei 2010 ini maintain personally by aku sendiri. Ianya merupakan antara salah satu benda yang paling dekat dengan aku selain keluarga dan rakan-rakan. In fact, aku dah anggap blog ni sebahagian dari hidup aku. Blog ni lah tempat aku meluahkan perasan, berkongsi cerita dan macam-macam lagi lah. Dulu selalu jugak buat review video games, resepi dan politik. Tapi tang tu dah slow sikit. So, kebanyakkan entri dicedok dari ringkasan aktiviti mingguan yang aku buat.
Tengok lah tu. 786 entries dicatatkan dalam masa 7 tahun which roughly takes 110 entries each year. Kalau tengok jumlah entri memang semakin menurun tapi belumlah sampai tahap membimbangkan. Kesibukan di tempat kerja, plus aktiviti mingguan dengan kawan-kawan yang berkurang rasanya menjadi the main reasons. But, apa-apapun seperti yang dijanjikan dalam azam aku - satu minggu satu entri tu In Sha Allah tiada masalah nak commit..:-)

Well, it need commitment and of course, passion. Takde passion, tu lah cepat boring and terkandas. Tapi yang aku perhatikan sejak kehadiran platform sosial baru seperti Instagram. Industri blogging ni pun dah sendu, cuma ada lah beberapa percent yang still bertahan. Termasuklah aku. Huu

Akhir kata, aku bersyukur kepada Allah yang memberi kekuatan untuk terus menaip disini. Can you imagine, dah 7 tahun beb! Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pelawat-pelawat walaupun aku tahu dari beratus-ratus entri tu, cuma 4-5 je yang popular. Huu. Happy birthday again to my blog dan juga kepada ownernya. Semoga sukses selalu! Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment