Assalamualaikum,
Adoi, boleh pulak terlelap lepas Isya' tadi. Ingat nak baring sekejap while nak tunggu laptop cool down. Apa boleh buat, dah nak masuk 8 tahun Miss Dell ni dengan aku. So, faham-faham je lah performance pun dah tak semantap malam pertama. Haha. Okay lah, simple entry je malam ni. Nak story sikit quality work time with my bos dekat Shah Alam hari Sabtu lepas.
Okay, seperti yang dijangka minggu lepas memang agak hectic dipejabat. Boleh kata almost setiap hari pukul 8 malam baru aku balik rumah. Yelah, balik awal pun bukan ada orang kat rumah. Elok pun sebenarnya, jalan pun clear.Adoi, boleh pulak terlelap lepas Isya' tadi. Ingat nak baring sekejap while nak tunggu laptop cool down. Apa boleh buat, dah nak masuk 8 tahun Miss Dell ni dengan aku. So, faham-faham je lah performance pun dah tak semantap malam pertama. Haha. Okay lah, simple entry je malam ni. Nak story sikit quality work time with my bos dekat Shah Alam hari Sabtu lepas.
Haa tengok lah, kadang-kadang kereta aku je yang tinggal kat basement parking ni. Seram beb, teringat Clown Prank pulak. Huu
Pagi Jumaat ada tender briefing + site visit di LKSA. Ingatkan petang tu nak ke TPM untuk siapkan tender IJM. Baru je sampai office TPM, tiba-tiba dapat call from our Iron Lady, katanya minta return to HQ untuk assist KLBRT team for our presentation to SPAD. Dilema beb time ni! Yang IJM ni nak submit hari Isnin, presentation SPAD tu pun hari Isnin jugak. Setelah diingatkan to whom shall I report, aku pun balik ke HQ dan chose to lend support untuk buat slides presentation sampailah jam 8.30 malam. Itupun tak settle lagi since ada partners kami yang tak send their slides. So instead of tunggu, Puan suruh balik and sambung buat hari Sabtu je.
Luckily, hari Sabtu we decided to start petang. So I got an ample time untuk rehat after having quite a strained week. Pukul 2.15 aku gerak dari Sungai Buaya dan sampai at our meeting point at The State Library of Selangor, or known as Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Kenapa kat sini pulak, apasal tak kat office? Well, sebab library ni just 5 minutes je dari rumah bos aku. Haha
Aku pernah pergi Perpustakaan ni time menuntut di UiTM dulu. Buat video dokumentari Public Finance rasanya. Maybe you guys can click this link. Haa, betul lah - 23 November 2013. That's almost 4 years back and I'll always remember that date.
Cantik library ni. Well managed, clean dan very organized. Pengunjung pun boleh tahan ramai sampai nak cari parking kena tawaf 3-4 kali baru boleh dapat yang dekat. Kalau tak alamatnya kena parking jauh lah. But don't worry, kalau parking jauh pun still boleh lift shuttle yang beroperasi sekitar area Perpustakaan ni..:-)
3PM - Kami start brainstorm dan settlekan the presentation slides. Eh, kami? Macam ramai je? Apa benda yang ramainya, aku dengan Puan je yang buat slides hari tu. Nasib baiklah time belajar dulu suka buat presentation, so memang dah biasa sangat buat benda ni..:-p
Well, kalau time belajar dulu bolehlah siapkan slides 2-3 jam. Yang hat level dah masuk kerja ni kena buat betul-betul and must be detail but still, the concept is presentation bukan membaca. So, kami wrap up the work around 8.30 jugak malam tu.
We left the library around 9PM. Ingat nak lepak sekejap dengan bro-bro. Tapi memikirkan yang aku pun dah lemau gila plus baru sangat jumpa diorang minggu lepas. Aku pun decided untuk balik rumah. Kawan-kawan kat sini pun takde, last-last singgah tapau burger je buat dinner. Nak makan nasi pun tak larat beb!
Alright guys, cukuplah entri tangkap muat malam ni. Gotta sleep now. Esok nak kena bangun awal, ada tender nak kena submit. Yang penting lepas submit pukul 4 petang ni aku nak terus balik rumah. Adieu!
No comments:
Post a Comment