Tuesday, June 20, 2017

Kisah AKU n Iftar @ Steakghetti Steakhouse

Assalamualaikum,

Malam ni nak share another round of iftar session yang aku joined within Ramadhan 2017 ni and for this time it was the turn for rakan-rakan seperjuangan di Quatriz TPM's office. Yelah, dekat HQ semua level mak-mak orang, susah nak arrange (impossible sebenarnya, haha). But yang dekat TPM ni kebanyakannya hampir sebaya dan majoritinya masih bujang, so senang nak buat iftar arrangement dengan diorang ni.
Kebetulan ada meeting di TPM petang tadi, dapatlah aku join sesi berbuka puasa ni tanpa alasan timing. Haha. Yelah, kadang-kadang bila diorang buat arrangement aku ada kat HQ. Timing tak cantik.:-p
Office hour kat sini bila bulan Ramadhan sampai jam 4.45, so agak pisang jugak nak menunggu 6.30 petang tu. Sudahnya bersembang pasal Star Wars tadi. Nasib ada geng satu kepala. Bezanya diorang ni #TeamImperial, aku ni pulak #TeamRebelAlliance..Huhu
Haa, ni lah venue iftar kami untuk petang tadi. Steakghetti Steakhouse yang terletak di Puncak Jalil. Restoran berkonsepkan western food ini menawarkan hidangan dari steak, pasta, grill, chop hinggalah ke burger patty. Good things is that semua makanan kat sini disahkan Halal oleh JAKIM. So, makanlah tanpa was-was.
With a flotilla of 3 cars, kami sampai around 6.45 tadi, some of us ada yang memilih ke Bazaar Ramadhan berhampiran untuk beli kuih-muih. Ada jugak yang memilih untuk lepak je dalam restoran sambil menunggu waktu berbuka, macam aku..:-)
Semua muka lesu je. Haha 
Yang sebelah aku ni Muzakkir namanya, our Network Intern. Bakal menamatkan internship disini seminggu after Raya nanti. Tak tahu pulak aku dengan dia ni sebaya rupanya, baru aku tau tadi..:-p
Yang join tadi ada sepuluh orang je (Tiada dalam gambar: Sepon), which made up almost 1/3 of our TPM's technical manpower . Out of 10 ni, aku sorang je wakil dari HQ. 
7.25PM - Shortly before azan, the food is complete. Azan Maghrib berkumandang menanda telah berakhirnya hari ke-25 Ramadhan untuk tahun ini. Bacaan doa oleh Sepon dan apa lagi, makanlah!
Ni lah juadah aku berbuka tadi - Lamb & Beef Mixed Grill with Homemade Coleslaw and Mashed Potato with Iced Lemon Tea yang berharga RM 17.00.
Bayar sendiri lah Jon, gaji belum masuk lagi. Haha
Macam biasalah diorang ni hisap rokok sepam dua..:-)
Around 8.15PM, kami bergerak meninggalkan Puncak Jalil dan menuju pulang ke TPM. Yelah, kitorang kan carpool tadi. So, kenalah hantar budak-budak ni balik sana dulu. Sekitar jam 8.40, I made my way back to Sungai Buaya. Haish, terlepas lagi Terawih. Dah lima hari berturut-turut missed ni..:-(

That's the end of today's entry. Ni antara undangan iftar yang tak dijangka bagi tahun ni, memang takde dalam initial plan pun sebenarnya. At least, dapatlah menggantikan plan iftar yang failed dengan Bro Shah Alam tempoh hari. Huu. Okay lah, nak kena tidur awal ni, esok ada meeting kat HQ. Aku ni sebenarnya cukup malas nak ke Batu Caves bulan puasa ni. Sebabnya kena masuk 8.15 pagi, tapi end up balik pukul 6 petang jugak. Tak boleh ke buat fleksi hour je..:-p

P/S: Malam Rabu + Khamis kena jugak pergi Terawih. Jumaat nampak gayanya macam terlepas since plannya nak bawak adik shopping kat Selayang Mall.

No comments:

Post a Comment