Saturday, June 24, 2017

Kisah AKU n Ramadhan 2017 - Day 30

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berjaya jugak kita menamatkan Ramadhan untuk tahun ni. Okaylah, seperti biasa untuk meneruskan tradisi raya blog ni. 3 entri wajib akan disajikan merangkumi aktiviti hari terakhir aku berpuasa, hari raya pertama dan juga hari raya kedua or ketiga pads tahun ini depending which day yang banyak aktiviti. Tak nak berceloteh panjang, jom selak sikit apa benda yang aku buat untuk hari terakhir Ramadhan 2017 ni.
Hari ni kami pulang ke kampung yang terletak di Bota Kanan, daerah Perak Tengah. Perjalanan biasanya mengambil masa sekitar 2 jam setengah. Tapi bila musim perayaan ni faham-faham je lah. Huu
Kami bergerak dari Sungai Buaya sekitar jam 9 pagi. Memang pisang jugak since dapat tidur 3 jam je semalam. Semuanya gara-gara melepak dengan bros.
Seperti yang dijangka memang sesak gila highway tadi. So, aku exit dekat Slim River dan ambil jalan lama dari situ.
Untuk sesiapa yang tak tahu, jalan lama yang menjadi alternatif untuk lebuhraya PLUS ini juga dikenali sebagai Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh.
Ingat masuk jalan ni bolehlah escape jem, rupa-rupanya boleh tahan padu jugak sesak sini. 
Yang brader ni elok sedap tidur mati dari keluar tol Sungai Buaya sampailah ke destinasi kami. Haha. Cibai.
Akhirnya, setelah hampir 5 jam of intense driving, kami tiba jugak kira-kira pukul 2 petang.
Tipulah, kata nak tunggu aku baru start bakar lemang. Aku sampai je tengok diorang dah bakar lemang dulu. Sudahnya ada beberapa batang yang hangus.
Takpelah, pose buat-buat membakar pun bolehlah..:-p
Oleh sebab mengantuk yang teramat aku ketiduran sampailah jam 6.30 petang. Bangun setup panjut sekeliling rumah then mandi dan ready untuk berbuka.
Unlike tahun lepas, aku tak ke Bazaar pun sebab Acik Joe raya sini dulu. So, dia dah pergi siap-siap..:-)
Azan maghrib berkumandang sekitar daerah Perak Tengah menanda telah masuknya waktu berbuka, sekaligus mengakhiri Ramadhan bagi tahun 2017 ini.
Lepas berbuka puasa, dok melayan sepupu main bunga api je. Bukan main seronok diorang main benda ni, kalau aku dulu bapak lame gila main bunga api. Haha
Menutupi entri malam ini, suka aku mensyukuri nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah sepanjang menunaikan ibadah puasa untuk Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, masih lagi berpuasa penuh tanpa uzur. Whatever it is, dikesempatan ini ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat. In Sha Allah, seperti yang dijanjikan ada two more entri wajib yang akan aku update.  Stay tuned here, till then take care semua!

No comments:

Post a Comment