Saturday, July 8, 2017

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri SIRIM 2017

Assalamualaikum,

Lama jugak tak update entri kan? Minggu ni agak sibuk jugak nak prepare Board Paper untuk management. Yelah, nama pun minggu pertama lepas Raya. Mesti banyak kerja pending yang nak kena settlekan. Okaylah, aku nak update sikit aktiviti petang semalam bersama rakan-rakan sepejabat.
Eloklah bukak cerita minggu ni dulu ye. As mentioned, busy week. Rasanya setiap hari keluar office 7 petang. Family pun takde kat rumah the whole week, so eloklah nak bekerja keras sikit..:-)
Semalam jugak ada dua staff kami yang left the company. Goodluck to our Software Developer, Sayed (jaket maroon) dan juga to our intern, Zakir (maroon) for you guys punya next journey.
Haa, ni lah main story untuk entri pagi ni. Hari Isnin lepas kami dapat invitation dari SIRIM untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri diorang dekat Shah Alam. Dah gerak dari Batu Caves pun sekitar 12.45, plus hujan lebat sekitar Lembah Klang. Memang sampai pun nak dekat pukul 2. Sudahnya terlepas Jumaat aku, yang akak-akak ni sempatlah bershopping dekat SACC Mall. Aku ni pulak menyorok dalam kereta. Haha
Haa, sinilah venue event semalam. Bertempat di Shah Alam Convention Centre, rumah terbuka ni menghimpunkan kementerian, agensi, syarikat-syarikat yang mempunyai direct or indirect relation dengan business SIRIM.
Kami pulak macam biasalah, dah company banyak buat R&D, testing untuk sektor pengangkutan. Mestilah kena lalu diorang ni jugak. Plus, kami kan ISO certified company. Tengoklah siapa koordinator. Hehe
Antara menu yang dihidangkan semalam. Memang sedap semuanya. Berbaloi lah tak makan breakfast..:-p
Kami berempat yang datang semalam mewakili Quatriz. Bosses lain attend open house lain di several location within Klang Valley. Picture credit to Kak Ain.
Selfie satu kali!
Ayah pernah cakap rugi kalau bawak aku makan buffet. Betul dah tu, gua makan main course dah cukup. Pastu confirm stop..:-)
Sedikit gambar suasana dalam dewan ketika majlis berlangsung. VIP yang datang ramai jugak, yang hat level paling tinggi Menteri MOSTI lah.
Terserempak dengan one of our boss, En. Nizam. Gila dia tak datang, bos aku ni ex-SIRIM dulu.
Lepas makan singgah photobooth yang disediakan di ruang legar dewan.
Huhu. Apa semua gambar aku seteng je..:-p
Tolonglah snap gambar akak-akak ni seround dua..:-)
Sudah-sudahlah bergambar tu. Jom balik, pukul 4 dah ni. Karang jem baru mengelupur.Tepat pukul 5 petang, kami selamat tiba di Batu Caves. Aku drop diorang je dekat HQ before menuju pulang ke Sungai Buaya. Sebab tu dah siap-siap packing before pergi semalam. Hehe, brilliant kan?  Haha. Picture credit to Kak Nurul. 
Sampai rumah, main game FIFA ni. Minggu lepas order, baru sekarang sampai. Game sebijik je pun. Ahhh takpelah, janji dapat..:-)

That's all for cerita pagi ni. Minggu depan ada 3 open house for our consideration. Yelah, takkan nak pergi semua. Banyak pulak masa terluang kitorang ni. Huhu. Hari Isnin with LITRAK, Selasa pulak dengan Malaysian Debt Venture Bhd and finally hari Sabtu yang memang konfirm kena datang, AlloyMtd punya. Gila tak join, first time ni..:-)

P/S: Betullah, bila ada passenger. Driving gua ni jadi awkward sikit..:-p

No comments:

Post a Comment