Assalamualaikum,
Petang ni ingat nak share sikit aktiviti hujung minggu aku tempoh hari. Alang-alang tengah ada masa terluang sikit kat office ni bolehlah nak mengupdate blog.
Nak dijadikan cerita, Ahad lepas aku menemani mak dan ayah ke Shah Alam bagi menghadiri majlis persandingan anak kepada rakan sepejabat ayah di Petronas dulu.
Majlis yang menyatukan Saudara Taufiq dan juga pasangannya, Safirah ini berlangsung di Auditorium Bankuet MBSA yang terletak didalam menara ikonik bandar Shah Alam ni.
Kami sampai sekitar jam 1 petang, sampai je terus menjamu selera. Since majlis ni mengumpulkan veteran-veteran Petronas yang kebanyakannya dah retired. So, dah macam mini reunion lah pulak. Yang isteri, anak-anak yang follow lah jadi mangsa menunggu. HuuAyah bersama one of my former boss dekat Onyx Engineering, En. Bahari.
Ayah bersama rakan-rakan seperjuangan sepanjang hampir 30 tahun didalam industri minyak dan gas. Yang berdiri sebelah kanan tu pun my former boss dekat Orogenic Group, Dato' Ziyad.
Hehe. Mestilah kena bergambar. Kalau tak, takdenya aku update entri ni. Hii
Bergambar bersama hos majlis, Tn. Zaid bersama isteri. Thanks for the food bos, congratulation juga dapat menantu baru..:-)
Kami gerak dari Shah Alam sekitar jam 2.30 petang. Sampai Sungai Buaya aku terus drop mak ayah kat rumah before visiting open house Teacher Azni, cikgu English aku dulu merangkap mak Afiq.
Malam Ahad tu seperti yang dirancang, kami bertiga went for a quick hangout dekat Sri Rampai. Dulu, time masing-masing bekerja dekat Wangsa Maju memang kat sinilah tempat melepak tension kerja.
Karok sinilah yang paling murah pernah aku datang. Sejam 10 hinggit! Siap free air lagi which kita boleh pilih. Audio sedap, lagu update cuma kurang soundproof. So boleh dengar bilik sebelah nyanyi jugak..:-(
Kau dah kenapa macam Mas Idayu ni? Haha
2 jam je kami karok malam tu. Yelah, sampai Sri Rampai pun dah pukul 11. Esoknya kerja, beringat sikit. Haha
Habis karok jam 1 pagi. Singgah for a quick ngeteh dekat Dhurbar, Rawang. Dah lama tak pekena roti telur bawang diorang ni. Padu beb!
Menutupi entri petang ni, ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan raja sehari yang baru selamat mendirikan masjid mereka. Semoga pernikahan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.
P/S: Time on the way nak balik tu, aku bukaklah cerita pasal my plan dekat mak ayah. Lepas urusan rumah settle, kalau ditakdirkan dah jumpa calonnya nanti, aku ingat nak nikah je dulu. Kena kecam beb! Haha, acano tu?
No comments:
Post a Comment