Saturday, July 29, 2017

Kisah AKU n Au Revoir Kak Ain!

Assalamualaikum,

Apa khabar korang petang Sabtu ni? Buat apa je tu. Aku kat sini dok rumah je, nasiblah ada laptop ni jadi teman buat berhibur. Okaylah, malas nak buat intro hambar. So, petang ni ingat nak berkongsi cerita sikit mengenai satu farewell lunch yang kami buat untuk one of our staff yang akan meninggalkan kami next week..:-(
Seawal jam 12 tengah hari lagi kami dah bergerak meninggalkan office dan menuju ke Sunway Putra Mall. Plannya akak-akak tu nak sambut farewell tu kat sini, sementara tunggu aku solat Jumaat bolehlah diorang bershopping. Mentang-mentang gaji + bonus dah masuk. Huu
Since time gerak pun jalan clear, memang awal kami sampai semalam. Sampai je kami terus masuk restoran yang dipilih iaitu The Manhattan Fish Market. Since staf yang nak resign tu staf HQ, so farewell lunch ni kami berempat je lah yang ada. Haha
Kami order set The Jive-O Chatter yang lebih dari cukup untuk kami berempat ni. In addition untuk main course, ada jugak Creamy Mushroom Penne untuk memenuhkan meja. Huu
Apa ni!
Wow! Look at that peeps. Torched Lobster yang agak menarik bentuk dia..:-p
Haa, ni lah staf yang diraikan semalam. Kak Ain from our Account & Finance Department yang akan meninggalkan kami minggu depan. Akak ni merupakan antara staf terawal Quatriz sejak penubuhannya pada tahun 2012. Left for a good reason dan sudah tentunya banyak contribution dia untuk company kami ni. We wish you luck for your future endeavor. God Speed!
Unlike macam kat my previous employment yang turnover rate tinggi gila where every week ada je staf yang keluar masuk. Turnover rate kat sini memang rendah, dalam setahun aku kerja. Baru dua orang resigned from their post. Akak-akak yang tinggal ni jangan memandai nak resign pulak, kering saya berdua je dengan bos nanti kat HQ ni. Huhu
Seperti yang dirancang, I went to the nearest masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan diorang menggunakan masa "menunggu" tu dengan bershopping.
Sekitar jam 2.30 petang, kami bergerak meninggalkan Sunway Putra dan menuju pulang ke rumah masing-masing..Eh? Takdelah, pulang ke office. Huu. Banyaklah kau balik rumah, proposal bertimbun atas meja tu siapa nak buat?
Nak dijadikan cerita, semalam lepas kerja aku singgah KFC R&R Sungai Buloh nak beli dinner. Tengah menunggu turn tiba-tiba mata aku tertancap kat sorang perempuan ni yang tengah queue dengan seorang lelaki sambil tengok papan menu. Bila diamati susuk tubuh nampak macam kenal. Bila tengok dia punya choc leather handbag, memang sah! Ahhh time tu pulak dia terpandang aku. Nasib baik order dah ready, aku pun keluar dari KFC. Sempat jeling sikit, dan dia still pandang aku lagi. Perggh, macam lagu Lamunan Terhenti bhaii! Haha. 3 hari lepas clashed, semalam terserempak dengan Aisyah. Esok pulak apa? Haa, elok aku mengelak pergi TESCO Rawang. Takut terjumpa Hidayah dengan suami dia pulak kat sana. Huu

P/S: Mak tanya tadi. nak mandi bunga ke? Haha

No comments:

Post a Comment