Saturday, July 15, 2017

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri AlloyMtd Group

Assalamualaikum,

Hari ni nak story sikit sebuah open house yang aku join tadi dan juga sebuah majlis persandingan one of my friend dekat Batu Caves dan Rawang, respectively.
Anyway, let's start dengan cerita minggu ni dipejabat. A very unproductive week sampai ada keluangan masa nak pergi open house anjuran Touch n' Go dekat Bukit Damansara. Sebenarnya kebetulan je, teman Kak Ain ni jumpa En. Zainul yang ada dekat sana untuk sign cheque staff claim. Dah tu terjumpa beberapa kenalan TnGo kat sana, diorang ajak join. Apa lagi, kami pun join lah. Haha
Inilah rumah terbukanya. Nampak tak terbukaknya pintu lobi AlloyMtd ni. Macam tu terbukalah rumah kami tadi. Ye betul, semalam merupakan Rumah Terbuka Aidilfitri AlloyMtd Group yang bertempat di Menara AlloyMtd, Batu Caves.
Amik gambar dulu depan ni. Huu
Rumah terbuka yang bermula jam 11 pagi hingga 6 petang ni menghimpunkan staf-staf bersama keluarga, berserta anak-anak syarikat, clientele, partner, stakeholder dan segala macam lagi company yang mempunyai direct or indirect relationship with the Group. Memang ramai beb tadi! Jam pertama je dah full house, sampai aku pun kena parking luar
Jemputan juga terdiri dari staf-staf dan penghuni Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan, Gombak.
Sebab kami antara staf Quatriz yang datang awal, dapatlah semeja dengan family Kak Ain sementara menunggu group bujang sampai. 
Sekitar jam 12.30, rombongan bujang seramai 5 orang dari selatan Kuala Lumpur ni sampai. Janji pukul 11.30 pagi, sejam lepas tu baru sampai. Dah dua kali korang buli aku camni. Haha
Anak-anak staf beratur collect duit raya from our Group Chairman, Tan Sri Dr. Nik Hussain dan isteri. Dengar-dengarnya dalam sampul ada not RM 50. Betul ke? 
Ada photobooth disediakan di belakang backdrop ni. Tapi sebab penuh orang dok queue, kat sini pun jadilah. 
Kami dari Group Bujang Quatriz mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Muslimin dan Muslimat. Picture credit to Zaaba.
Jom selfie seround!
Hehe. Gambar solo mestilah kena ada jugak..:-p
Dalam pukul 2.30 petang, aku bergerak meninggalkan Batu Caves dan menuju ke sebuah lagi majlis penting. Since dah berjanji, kenalah tunaikan. Karang orang tak datang majlis kau nanti baru padan muka. 
Eh, majlis apa ada kat TESCO Rawang ni? Ada makan-makan ke? Huu takdelah, aku tunggu Ahmed and wife dia kat sini. Kami nak menghadiri majlis persandingan one of our schoolmate kat Batu 16. Since aku tahu jalan, dia pun follow lah.
Haa inilah dia pasangan raja sehari yang diraikan tadi, Saudara Helmi dan pasangannya, Amirah yang berlangsung di Dewan MPS Taman Kanching, Batu 16, Rawang. 
Helmi ni kawan sekolah kami sejak sekolah rendah lagi. Kami bertiga memang dah lama tak jumpa dan baru je keep in touch balik. Last jumpa si Helmi ni tahun 2010, yang si Ahmed ni 2013. Perkembangan mereka? Well, as you guys can see - Helmi baru je selamat mendirikan rumah tangga dan sekarang menetap di Shah Alam. Si Ahmed pulak duduk dekat Selayang, memang tahu-tahu tengok FB dah kahwin (how dare kau tak ajak aku!) dan sekarang ni bakal jadi seorang bapa akhir tahun ni. Farid? Tak payah lah cerita, buat malu je. Konon semua dah complete, tapi habuk pun takde. Haha
Dalam pukul 5, aku meminta izin pengantin dan tuan rumah untuk pulang. Yelah, duduk lama-lama buat apa. Katerer pun tengah mengemas dewan, kalau stay lama nak menolong takpelah jugak. Sampai rumah, pergi tengok si kenit ni. Tengok Chico ni punya manja, aku baru duduk dia boleh nak tidur atas peha tu. Huu

So, that's another one good week yang aku habiskan dalam bulan Syawal ni. Memang puas hati Raya tahun ni, punyalah banyak open house yang aku visit. Tahun lepas pun takde camni tau. Okay lah korang, walaupun esok Ahad. Aku nak kena tidur awal hari ni, esok kena attend training dekat Bangi. Hampeh betul, kacau gua punya weekend der. Haha

P/S: Okaylah, baru boleh poyo ada Green Card CIDB tu nanti. Hii

No comments:

Post a Comment