Thursday, July 27, 2017

Kisah AKU n Majlis Penutup Syawal 2017

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak share satu cerita yang dah agak basi jugak sebenarnya. Yelah cerita Isnin lepas baru nak update. Ahh, takpelah. Yang penting blog ni sentiasa diisi dengan stories walaupun hampeh. Haha. Okaylah, Isnin hari tu bersamaan 24 Julai 2017, dekat AlloyMtd ada buat jamuan ringkas sikit di Level 4 tempat aku bekerja. Nak tahu event apa? Jom lah baca sikit.
Haa, tengok pun dah tau. Betul tu! Isnin lepas merupakan hari terakhir Syawal untuk tahun ni. Jadi, Level 4 sepakat nak organize sebuah majlis bagi menutup Aidilfitri 2017. Macam tu pun ada eh? 
Event bermula sekitar jam 12 tengah hari dimulakan ucapan oleh Big Boss Level 4, En.Tarmizi. For you guys punya information, Level 4 Menara AlloyMtd ni didiami oleh beberapa entiti yang bernaung dibawah the Group iaitu MTD Construction, Terratech Consultants, Alloy Maintenance & Engineering dan juga Quatriz System.
Jemput makan semua. Selain staf disini, ada juga staf-staf dari Division dan subsidiaries dari level lain yang join memeriahkan majlis.
Staf Quatriz yang berpusat di HQ with exception our boss, Mdm. Zihan. Ehh, belum ready lagi ni..:-p
Haa, hat ni baru proper sikit. Dari kiri: Matt, Farid, Ain, Amelia dan Nurul.
Bergambar di deko yang disediakan. All picture yang takde watermark credit to Kak Ain.
Okaylah ni cerita selingan untuk tonight's entry dan ianya berkaitan my day hari ni. Masuk lambat pagi tadi berikutan kemalangan maut di Sungai Buloh. Bayangkanlah biasa kalau aku keluar rumah 7.30 pagi sampai kira-kira 8.10. Yang tadi sampai jam 9.30!! 
Sempat lagi. Haha
Sementara tunggu lif nak balik. Sempatlah merenung keluar memikirkan nasib. Nasib apa? Ada lah. Huu

No comments:

Post a Comment