Sunday, July 16, 2017

Kisah AKU n Kursus SIPC Green Card

Assalamualaikum,

Fuhh, memang mengantuk gila rasanya hari ni. Bayangkanlah semalam pukul 5 pagi aku baru tidur, pastu 6.30 bangun dan bersiap untuk menghadiri sebuah training yang telah dirancang dalam kalendar kami. Apa benda yang kau buat sampai tidur lewat sangat? Tak tahu lah, nak kata tidur petang, rasanya semalam jadual aku cukup penuh dengan attend open house, wedding segala bagai. Masih lagi jadi misteri kenapa mata aku segar sampai ke 5 pagi semalam. Huu
Okay lah, simple aje cerita malam ni. Tadi, aku bersama 2 rakan sepejabat Quatriz telah menghadiri sebuah training yang bertempat di Pusat Latihan MR Resources Sdn Bhd yang terletak di Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari Rawang kesana mengambil masa kira-kira sejam, bayangkanlah dengan tak cukup tidur. Pastu nak drive awal pagi. Gila tak mengantuk! Haha
Well, basically our training fokus kearah pentauliahan Green Card @ SIPC (Safety Induction for Construction Personnel) kepada peserta-peserta yang hadir. Dengan kad ni, kami bolehlah keluar masuk site dengan rasa selamat dan juga mematuhi undang-undang yang dirangka CIDB dan juga DOSH. Kursus dikelola oleh trainer kami yang mempunyai pengalaman hampir 20+ tahun dalam bidang OSH ni iaitu, En Mustafa Kamal.
Ada 3 staf yang dihantar Quatriz untuk sesi training tadi. Dari kiri - Fazimi (Site Technician - LDP), Prathab (Site Technician - LDP) dan juga aku sendiri from Business Development Dept.
Makan kat sini pun best, fully covered by trainer's company..:-)
Diberi rehat sejam. Memang time ni gua terlelap sekejap. Mengantuk yang teramat, buat pulak lepas lunch. Bilik aircond! Memang, perfect combination to fall asleep. Huhu
Lepas Zuhur adalah segar sikit. Picture credit to Prathab.
Sekitar jam 5 petang. kami berjaya menamatkan kursus satu hari ini dan bakal menerima pentauliahan Green Card SIPC dari CIDB within 2-3 days. Aku bersama trainer kami, En. Mus. Terima kasih Tuan atas knowledge sharing. Yang tak menahannya macam-macam nickname aku dapat hari ni - En. BD, En Tol..Haha
Fazimi dan Prathab. Diorang ni yang handle site installation di several highways yang kami servis. As what En. Mus cakap, the role of BD is to secure the project, and pass it to the Project team. Ditengah-tengah ni lah fungsi Safety memainkan peranan before, during and after the project..:-)
Haha, balik macam neraka. Jem all the way from Tol Kajang to Tol Sungai Besi, bersambung di Mahameru dan kemudiannya Tol Duta. Korang bayangkanlah betapa mengantuknya aku. Dah tu terlupa nak refill Nescafe dalam kereta ni. Huu
Yang diorang ni boleh share gambar open house dekat rumah our General Manager, Pn. Ainie di Nilai Impian. Prathab sempat pergi, yelah dah rumah dia satu jalan je nak kesana. Aku mintak kirim salam je, sebab memang dah mengantuk gila..:-p

Okaylah guys, nak main Star Wars: Battlefront II sekejap. Lama aku tak sentuh game ni, sejak laptop ni buat hal hari tu. Yang penting esok game Star Wars: Force Unleashed II dengan R2-D2 USB Drive Star Wars Special Edition aku sampai. Haha (gelak bangga)

No comments:

Post a Comment