Wednesday, September 7, 2011

Kisah AKU n Malam Ini

Malam ketiga kat Melaka - erm, aku dah start jadi boring kat sini. Bukan apa, aku nak jugak jalan-jalan kat Bandar Bersejarah ni tapi aku tak faham sangat jalan kat sini, in addition to that - dengan keadaan aku yang masih tak sihat ni eloklah aku simpan dulu hasrat ni. Ingatkan dah sampai kat Melaka, bolehlah calling-calling kawan UiTM aku, si Hana tu tapi tak beranilah aku nak ajak anak orang keluar.

Duduk dalam bilik pun best jugak, dapat main game and update blog walaupun aku dah terlebih guna broadband, erm..bukan ada siapa lagi nak pakai pun..kan?? Tadi, lepas Maghrib aku keluar kejap nak menghirup udara malam Melaka - tak jalan jauh pun, menziarahi UiTM Kampus Bandar Melaka, shopping jap kat The Store (Masuk je tempat ni, hanya satu ayat aku boleh cakap - WTH..dengan lagu Kantonis, pekerja-pekerjanya semua macam zombie je bila tengok aku masuk)

Kebuluran sebenarnya kerana terlepas breakfast and lunch gara-gara tidur pukul 2 pagi semalam, so aku pun mengambil keputusan drastik untuk makan mcD, erm..untuk pengetahuan uolls, aku tak gemar sangat mcD, as I only prefer KFC.

Tadaa!!, dinner gue. Take away je, nampak loner sangat kalau makan sorang-sorang, lagipun dalam bilik hotel - aku sorang je.

Berfacebook walaupun takde siapa sudi nak message..

Download lagu-lagu Rossa..kantoi, wink3x

and finally melayan movie Happy Feet, movie ni best layan kalau korang in love tapi bagi orang macam aku ni, redah jelah. Serius movie ni buat aku rasa nak menari hentak kaki laju-laju.

No comments:

Post a Comment