Saturday, September 3, 2011

Kisah AKU n Last Day Ramadhan 2011

Fuhh..bersarang blog aku ni tak diupdate - aku bagi dia mc 5 hari, senang sikit nak fokus raya celebration aku - takde rasa eager sangat nak update..kan. Readers aku rindu tak, kalau rindu - dengan ini saya mr.mcbride mengumumkan yang blog ini kembali bekerja semula..

Last day untuk Ramadhan kali ni, banyak benda juga yang aku buat compare dengan tahun lepas - ada je cerita dalam blog aku, carilah - aku tak reti la nak buat siggy link tu..

Bangun pagi je, aku memerhati pemandangan dibawah rumah, sangat bersepah, pangkin yang dibina tahun lepas kelihatan berhabuk dan tak terurus - lalu aku memutuskan untuk mengemasnya dahulu, at least, boleh jadi tempat berehat lepas buat bendayang mendatang..

Kemudian, tolong kakak aku menyapu di halaman rumah - hari tu hujan, so, banyak juga daun yang gugur kebumi - yakni, menambah jumlah area yang perlu dicover untuk melicinkan kawasan tersebut daripada anasir-anasir yang tidak diperlukan seperti daun kering, puntung rokok, plastik cekelat dll..

Selepas proses pembersihan.

Lepas tu, aku merajinkan diri menolong ibu dan opah yang sedang memasak rendang daging - tolong kacaukan je, sambil-sambil tu belajar macam mana nak buat..

Nak tunggu daging tu hitam mengambil masa, aku pun mengambil inisiatif untuk menghidupkan api dikawasan pembakaran lemang..

Halau jin??

Macam biasa - jaga lemang, nak buat tak reti.. Tapi, kau ingat jaga api lemang tu senang, nasib dan maruah family bergantung kat aku, sebab kalau lemang tak masak, apa perspektif mereka yang berkunjung?? hu3x

Kali ni takde nak pacak tiang panjut sebab aku pun tak tau opah letak kat mana lepas raya tahun lepas, alhamdulillah - aku berjaya mengakhiri Ramadhan kali ini dengan baik, walaupun iman selalu goyang waktu kerja kat KL - amoi yang pakai tak cukup kain, restoran yang selalu memanggil-manggil dan juga kepanasan melampau di sekitar ibu kota pada permulaan Ramadhan. Akhir kata, aku masih berpeluang menyambut Aidilfitri kali ini, dan diharap agar dapat menunaikan fardhu Ramadhan ini untuk tahun-tahun seterusnya. Amin

No comments:

Post a Comment