Friday, September 9, 2011

Kisah AKU n A Day at Melaka

Surprise!! aku masih berada kat Melaka ni, sepatutnya aku dijadualkan pulang ke Sg.Buaya hari ni tapi tak tau lah sebab apa ayah aku extend sehari.Hari ni aku bersama ayah dan emak mengambil keputusan berjalan dan bersiar di Bandar Melaka, mengunjungi tempat bersejarah yang semestinya menjadi santapan pelancong yang datang ke Melaka. Target aku : Fortaleza A' Famosa, Stadhuys, Flor De La Mar, Muzium TLDM, Menara Taming Sari, St. Paul Hill..shopping attraction pulak sekitar Dataran Pahlawan Melaka Megamall and Mahkota Parade, maybe TESCO and AEON JUSCO Melaka sekali. Note that, oleh sebab terlupa membawa kamera digital, nokia c3 aku menjadi mangsa hari ni..

Fokker, sangat klasik mengingatkan aku dengan De Haviland Mosquiti, kapalterbang pengebom British yang menghancurkan Dresden.

Keretapi lokomotif, nostalgia betul kaler nya.

Mendaki Bukit St.Paul dan melawat gereja diatas itu.

Apakah maksud Inskripsi diatas batu ini??

Fortaleza A'Famosa from St. Paul Hill, err..pintu belakang je tinggal..ni semua kerja British yang jealous itupun nasib baik Sir Stamfford Raffles yang menghalang a total destruction of the Dutch and Portugese architecture and heritage kat Melaka.

Napoleon Bonaparte memulakan kerjayanya sebagai pegawai didalam artillery unit didalam Siege of Toulon, adakah aku boleh mengikut jejak langkahnya??

Dapat mengambil 1/4 saja kerana pelancong Cina and Taiwan membuat sesi fotografi tak rasmi disitu.

Police vehicles zaman dulu-dulu.

Keletihan, mari berehat dan membeli-belah "sekejap" kat Dataran Pahlawan Megamall

Parents yang terpaksa mengikut aku, paling kesian kat ayah yang bersusah payah mendaki St.Paul Hill.

Next - Flor De La Mar, kapal Portugis - flagship of Portugese Viceroy Alfonso De Alburque

Inilah En. Alfonso..say hello to him.

Hai encik, lawa jambang..

Bersama Laksamana Melaka, Hang Tuah
Hang Tuah: Takkan Melayu Hilang DiDunia
Aku: Akan hamba pegang kata-kata mu itu wahai Tuan Laksamana.
Hang Tuah: Kamu ni Melayu ke, dari mana?? kenapakah tuan hamba berpakaian sebegini??
Aku: Wahai Tuan Laksamana, hamba orang Melayu.. Artikel 153 and 160, hamba ada mempelajarinya..err, time machine ni..kbai

Set Sail - we're leaving!!

Di Muzium TLDM, bila kakiku melangkah, sangat sedih - kosong. Sambil-sambil tu ternampak pelancong dari dalam negara yang menuju kearah Mahkota Parade. Dimanakah letaknya harga khazanah dan sejarah negara yang hanya dipamerkan tapi tidak dikenang dan dihargai oleh generasi Malaysia yang hanya tahu mementingkan hiburan. Baru-baru ni dapat tahu yang akan ada subjek Sejarah kat UiTM. Syabas ayahanda Prof Sahol.

WASP, helikopter pertama yang berkhidmat untuk TLDM.

Diatas kapal TLDM, probably her front turret gun.

Bofor 40 mm, yang pertama kali aku mengenali senjata ni ketika Form 3 waktu membuat novel USS Enterprise.

Mencuba platform tertutup berputar di Menara Taming Sari, difahamkan menara ni tingginya 110 meter..

Parents aku yang sudah letih agaknya..mak takut tinggi, tapi hari ni rilek je..

Birdview, cantik jugak Bandar Melaka ni, patutlah si Hana tu tak mau pergi Shah Alam.

Gambar yang krew Taming Sari snap sebelum naik, to Faris and Darina, kau orang adee??

and finally pergi merayau di sekitar penempatan Belanda (Dutch Settlement)..penat dah..

Sebelum balik hotel, kami bertiga singgah TESCO Melaka jap, aku nak cari kiosk aiskrim homemade yang kawan dok gebang kat facebook, and unexpectedly - aku terjumpa and beli sebijik..hu3x

In conclusion, most of the objective was achieved except Mahkota Parade (diorang dah tak larat, so..aku tak nak paksa), but aku enjoy..dalam satu hari ini aku dapat meluangkan masa bersama ibubapa aku disamping berjaya recall pengalaman aku melawat Melaka beberapa tahun lepas..Walaupun kedatangan aku kat Melaka ni bukan untuk bercuti tapi apa salahnya melawat - sambil menyelam minum air..ye dopp??

No comments:

Post a Comment